Sarapan di Cheneh


Tak ada cerita menarik pun ..tapi kalau tak share, tak ada la entry untuk blog ni hi hi. Kisah dah basi pun ..

Ok, perjalanan bermula dari Selayang Mulia  jam 4.15 pagi…dalam dingin pagi mencucuk tulang, saya dan Umar menunggu driver a.k.a makcik datang jemput.

Bukan tak boleh tunggu dalam rumah tp saja je…tunggu luar pagar siap-siap.

Berhenti untuk solat Subuh di R&R Gambang, kemudian meneruskan perjalanan melalui jalan Jerangau - Jabor .

Jam 7.30 , kami sampai di Bandar Bharu Cheneh, singgah warung tepi jalan beli nasi minyak dan nasi lemak..niat nak beli nasi dagang tak kesampaian sebab semua tu tak dijual di warung tu.

Tapau 4 bungkus nasi minyak, 2 nasi lemak menuju ke rumah 2 pupu di Cheneh. Lepak kat situ hampir 2 jam.

Umar tengah kusyuk menikmati kesedapan nasi minyak

Ini la nasi minyak untuk saya....hmm nyam nyam 

Kami memang akan singgah sini tiap kali balik ke Terengganu dan balik ke KL semula. Nak makan apa-apa, call order je, 2 pupu saya akan masakkan...dia memang pandai masak, kami memang pandai makan he he... cuma kali ni kami sampai terlebih awal di Cheneh dan kedatangan kami tidak dimaklumkan pun, jadi kami tapau je la .

Lepas kekenyangan terus memulakan perjalanan balik ke rumah ikut highway yang baru siap, Bukit Besi -Ajil.

Pukul 12.40 sampai di kampung tercinta.

Nanti sambung lagi dengan gambar-gambar sekitar Pantai Merang.

5 comments :

kasihredha said... [Reply to Comments]

ini keunikan Terengganu...
sarapan dgn nasi minyak :-))

missbby said... [Reply to Comments]

Cam sedap je..

IntaNBerliaN said... [Reply to Comments]

ns minyak ni sedap!! sy biasa jumpa kat trg je.. dh duk perak skrg dh xmerasa nk makan lagi dah...

Chik Att said... [Reply to Comments]

memang sedap makan masakan orang ... kalau sendiri masak selalu .... guling

Jendela Hati said... [Reply to Comments]

tuu dia cili padi ek kat ns minyak tu? tgk gambar pun dah menyelerakan pembaca apatah lagi pada penulis ek...bestnye kg kakaya...

Post a Comment