Sukarnya mencari masa untuk blog

Stress juga bila fikirkan masa yang kian terhad untuk blog, sebenarnya bukan tak ada masa cuma masa yang sesuai tu je yg susah nak dapat.


Sekarang ni Umar dah tau on pc, dah tau macam mana nak pergi ke Google, cari games yang disukai beliau dan akan mula main games sampai berjam-jam lamanya.


Jadi sekali lagi catuan penggunaan PC dikenakan oleh ketua rumah kepada semua isi rumah, yang paling teruk terjejas dek kerana arahan catuan ini adalah pemilik blog Jendela Hidup.


Sekarang ni sesiapa pun tidak dibenarkan menggunakan PC selagi Umar tidak tidur...adooiii seksa sebabnya sekarang ni dia langsung tak tidur siang kalau hujung minggu. Jadi kita ni pulak kalau tak mengadap blog, memang cepat layu mata, terlelap je kerjanya walaupun sedang duduk.


Waktu malam Umar akan tidur sekitar 9 malam kalau hujung minggu. Time tu baru kita dapat guna PC, kalau ketua rumah tak ada guna dulu, dapat lah terus guna.


Kalau hari sekolah, Umar akan tidur sekitar 11 malam kerana dia dah cukup tidur di tadika . Di sana dia tidur antara pukul 2 hingga 4 petang setiap hari.


Waktu yang ada untuk saya berblog tanpa gangguan adalah antara pukul 1 hingga 6 pagi. Cantiknya waktu tersebut adalah waktu normal untuk kita menikmati keindahan mimpi.


Kalau ada hari yang saya betul-betul segar untuk bangun antara waktu tu, memang dapatlah publish entry, balas komen dan blogwalking, tapi andainya terlalu syok dengan godaan mimpi memang langsung tak celik mata la sampai pagi .


Contoh seperti hari ni, malam tadi Umar terlena hampir pukul 9, laju-laju nak on PC, sempat lah publish satu entry pendek mengenai Piala Malaysia tu, Nadhirah pulak datang cakap nak tengok PC kejap, sebab katanya dah berzaman dia tak dapat pegang keyboard ni..ok bagi je la dia.


Turun tengok bola sampai pukul 10, saya terus terlelap sampai pagi. Terjaga kala azan Subuh berkumandang menandakan saya tak punya masa yang panjang untuk blog pagi ni kerana saya perlu siapkan sarapan sebelum pukul 7 kerana perlu ke Bandar Baru Selayang untuk aerobic.


Saya berharap dapat membalas komen-komen kawan-kawan walaupun masa agak terbatas kini.




*** bila dapat merasa ada netbook dan broadband sendiri agaknya?

7 comments :

sal said... [Reply to Comments]

sya pun merasakan faktor2 anak dan keluarga menyebabkan kurangnya masa utk berblog..
curi2 masa jee..utk berblog..

anyway..moga happy krn dpt berukhuwah..

atuk said... [Reply to Comments]

Assalamualaikum Kak Aya

tak apa akak
buat perlahan2...

Wassalam

Jendela Hati said... [Reply to Comments]

sama lah kakaya, kdg tu masalah masa untuk berblog nie sering terjadi selain dari catuan giliran mengunakan laptop nie huhu

Chekgu Azrine said... [Reply to Comments]

samala saya kak aya.. sebab kat rmh takde la masalah besar sgt utk saya berpc.. tp kan bila husband ada saya tak berapa sedap nak mengadap internet sbb husband saya keje tak tentu masa.. so bila dia adakat rumah.. saya akan tgglkan pc.. kalau kak aya tgk saya published entry tu pun sbb saya set autopublish.. lebih mudah

lagipun saya cikgu.. kat sek mmg tak de masa nak berinternet.. hanya buka sekejap2 je melalui hp utk balas komen yg ditinggalakn di blog.. huhu

Citarasa Rinduan said... [Reply to Comments]

tak apa kak aya....
karang nak sampai hari lahir.. pi reqest kat en suami ya...

IntaNBerliaN said... [Reply to Comments]

nilah antara mslah bila semua ahli keluarga dah pandai main pc kan.. kne ikut turn pulak.. hihi

MulutPayau said... [Reply to Comments]

memang kena curi2 masa berblog...anak2 saya jrang guna tnpa kbenaran...tapi kalau dah benarkan....sehari suntuk lah jawabnya...

Post a Comment