Ziana Zain dikatakan sombong dengan peminat?

Tadi menjelajah ke blog Rotikaya.com, ada sedikit cerita tentang ketidakpuasan hati seorang peminat yang hampa kerana tidak dapat bergambar dengan Ziana Zain ketika Halal Fest yang sedang berlangsung di PWTC.

Ni sedikit sedutan kisah tersebut:

Peminat ini merupakan peminat setia Ziana Zain dan telah menghadirkan diri ke Ekspo Pengguna Halal Malaysia (Halfest) 2011 kerana tahu akan kehadiran penyanyi itu sebagai penyeri majlis.
Namun apa yang terjadi, apabila peminat ini meminta untuk bergambar bersama Ziana Zain tidak melayan permintaan peminat ini dan tidak berusaha pun untuk berhenti untuk memberi peluang untuk bergambar.
Menurut sumber, ini bukan pertama kali kerana ini merupakan pertemuan & percubaan ketiga beliau dan masih tidak dapat merealisasikan impian untuk mengabadikan gambar kenangan bersama Ziana Zain.
Kalau dah namanya artis mesti ramai yang menyerbu nak bergambar, kena la faham situasi time tu..tak tau le nak kata apa sebab memang tak pernah pun cuba untuk bergambar dengan mana-mana artis, *** bajet macam la selalu serbu tempat-tempat ada artis hik hik
Untuk peminat yang kecewa tu, kalau dah nama peminat setia tak kanlah awak tak faham situasi yang mungkin dihadapi oleh penyanyi kesukaan awak tu.
** saya minat Fauziah Latiff, tapi tak pernah cuba nak bergambar pun, tau mesti susah punya.






3 comments :

Adzrien Shoppe said... [Reply to Comments]

ziana bukanlah sombong. kalau dia layan sorang utk bergambar, yg lain dtg menyerbukan susah. depa manusia bukan mesin. ada sihat, ada letih, ada suka ada duka. berlapang dada je lah kan.

Salina@IbuAqil said... [Reply to Comments]

Yelah kak.. Artis ni kekadang deme jd serba salah dibuatnya kan kak.. Nsb kita bkn artis.. Hik3!!!

Puan Kutu said... [Reply to Comments]

buat apa bergambar dengar artis?macam la kelasss sgt.hehe..

Post a Comment