Anugerah Kecemerlangan dan Khatam Al Quran

Petang tadi bermula pukul 2 petang, berlangsungnya majlis Anugerah Kecemerlangan dan Khatam Al Quran bagi pelajar SRA Sungai Tua.

Ketika melihat 39 pelajar tahun 6 beramai-ramai membaca Muqaddam untuk Majlis Khatam Quran, saya terasa sebak dan sangat terharu, mungkin kerana bangga melihat pelajar-pelajar tersebut sudah pun khatam Quran. Tercebik-cebik bibir menahan perasaan sebak.

Sekali lagi perasan menjadi terharu dan sebak melihat seramai 53 pelajar tahun naik ke pentas untuk menerima hadiah cemerlang Peperiksaan Sekolah Rendah Agama yang baru saja diumumkan keputusannya semalam.

Harapan yang sama dipanjatkan untuk kedua anak saya, semoga menjadi sebagus mereka yang di pentas siang tadi.

Terkenangkan ucapan pihak pengetua, didiklah anak cemerlang akademik, cemerlang sahsiah, jadikanlah kita dan keluarga kita sebagai pencinta Al Quran. Besar pengertian di sebalik harapan yang diucapkan oleh puan pengetua.
Sesungguhnya amat sukar mendidik anak-anak zaman sekarang, ditambah dengan dugaan yang sangat mencabar, saya sebagai ibu yang tidak berpelajaran tinggi perlu sentiasa bersedia untuk menimba ilmu agama dan keibubapaan yang lebih banyak lagi.

***PC saya masih belum ok untuk transfer gambar dari kamera ke PC..jadi tak dapat la nak upload gambar.








4 comments :

Mama Zharfan said... [Reply to Comments]

memang zmn sekrg segala2nya mencabar...

Puan Kutu said... [Reply to Comments]

tak dpt upload dapat update pun ok kakaya dr apa pun takde.hehe...

teringat zaman sekolah rendah dulu..sy wajib dpt anugerah klu sekolah agama/fardu ain...

sekolah akademik memang tak pernah..naik sekolah menengah jer br cerdik sikit.keke...

Zefa NorAsmara said... [Reply to Comments]

Betul la kak Aya.. walaupun pun bukan anak kita yg naik pentas tu, tapi rasa bahagia tu ttp ada. Mgkin sbb kita berkongsi rasa dgn apa yg ibubapa mereka rasa..

Jendela Hati said... [Reply to Comments]

mmg tak dinafikan bila tgk walau ank2 org lain rasa bangga dan terharu itu tetap datang dlm sanubari, agaknye ini lah disifatkan dgn perasaan seorang yang bernama ibu

Post a Comment