01 November 2011

Diari Suami : Sukarnya membawa status JANDA

Tajuk macam paness je sikit...kena taip seringkas mungkin, tau jelah kepad hp tak sama macam keyboard PC.

Tengah lunch hour, lari turun ke lobi ofis, sini ada WIFI. Tadi sebelum turun bawah ni sempat baca Majalah MIDI Nov 2011, baca Diari Suami yang bertajuk sama macam tajuk Entry.

Saya setuju semua dengan apa yang ditulis oleh Encik Jalil mengenai pengalaman ang dilalui oleh sahabat isteri beliau yang baru bergelar Janda yang kematian suami.

Teringat apa yang dilalui oleh mak saya selepas kematian arwah ayah, situasi yang hampir sama dilalui oleh mak saya.

Kalau nampak pakai kemas sikit , ada lah yang mengata nak mengurat suami mereka walaupun mereka tu adalah kawan baik mak saya.

Kalau mak saya tumpang sesiapa untuk ke satu -satu tempat ( time adik-adik masih kecil macam mana nak hantar mak kemana, lagi pun mak saya jatuh sakit lepas kematian ayah), mesti ada gossip-gossip liar merebak sana sini, walhalnya orang yang mak tumpang tu boleh dianggap anak .

Pendek kata memang setiap gerak geri seorang janda sentiasa diawasi oleh mata-mata yang tidak bergaji. Paling mereka risaukan kalau mak goda suami mereka...ishhh tak ada maknanya la ...

Kalau ada kenduri kendara, memang susah mak nak ramah-ramah sangat, tau je la kat tempat kenduri kan ramai orang, isteri orang ada, suami orang pasti la ada.

Syukurlah kerana selepas lebih 20 tahun pemergian arwah ayah, tiada fitnah dashyat yang menimpa ibu setakat gossip-gossip manja je yang singgah, semua tu dapat ditangani dengan baik.

** jangan pandang serong pada janda atau andartu ye! 

kena stop, dah 1.30...fuhhh lama gila nak siapkan 1 entry.

8 comments:

  1. gigih akak menaip.akak...kesian kan ibu tunggal mengharungi hidup sendiri

    ReplyDelete
  2. setuju sgt dgn kak aya.. kdg kesian dgn rakan2 yg janda.. hal kecik pun ada yg nak kecoh. ntah apa2 depa yg suka fitnah org ni. patutnya lebih simpati, bukan lebih menyakitkan hati.

    ReplyDelete
  3. tak sangka ekk zaman skang masih ada yg berperangai macam tu.klu kisah mak kak aya tu lainlah..dulu punya cerita..skang zaman teknologi.kolot betullah org yg berfikiran macam tu.hehe..

    ReplyDelete
  4. golongan ini istimewa kerana mereka dpt berdikari dan mempunyai semangat jitu yg kental..

    ReplyDelete
  5. Mereka yg bersuara sumbang menuduh sebenarnya tidak punya integriti diri. Takut pada bayang-bayang sendiri walhal org tu tak ada apa...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Kak Aya

    Alhamdulillah
    emak kak aya dapat lalui dgn aman

    Wassalam

    ReplyDelete
  7. Hmm..biasa ar kak aya..masyarakat m'sia msh blm terbuka dgn isu janda ni...nsb mak k.aya kuat orgnya...

    ReplyDelete
  8. betul tu kak...simpati kepada mereka yg bergelar janda dan difitnah oleh sesetengah orang yang berhati busuk...isk..tak patut betul

    ReplyDelete