23 November 2011

Happy Birthday from Nuffnang and TGV Cinemas!



Saya terima email ni 2 minggu yang lepas, dapat tiket free sempena birthday...kebetulan dah lama tak masuk panggung sejak melanggan filem dari Astro First...bagaikan orang mengantuk disorong bantal la nampaknya.

Sabtu ni anak dara saya, Nadhirah akan dihantar balik Tampin sepanjang cuti sekolah akhir tahun yang panjang ni, jadi sebelum dia balik sana, saya bercadang untuk menonton wayang. Filem pilihan kami "AKU BUKAN TOMBOY" pada sebelah pagi Sabtu tu....

Itu saja la kot filem yang ada dalam benak Nadhirah buat masa ni memandangkan tiket free ni tidak termasuk tiket wayang 3D, kalau dapat untuk wayang 3D memang kami pilih filem PUSS IN BOOTS.

Terima kasih banyak-banyak untuk pihak NUFFNANG kerana menghargai harijadi para nuffnangers dengan tiket wayang percuma.

Semoga kami sekeluarga berpuas hati la dengan filem Aku Bukan Tomboy tu nanti.

2 comments:

  1. Dah tengok tapi yg di blurrkan wajah. SApa ekk? Tak kenal pun.

    ReplyDelete
  2. itu la kakaya esok pussinboots masuk panggung, anak2 dah mengajak tgk 3D..

    ReplyDelete