28 November 2011

Happy Birthday to ME! | Menuju ke 40

Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih menyedut udara segar pagi ni. Masih dikurniakanNYA tubuh badan yang sihat, akal fikiran yang waras, anak-anak yang sihat membesar, rumahtangga yang aman bahagia.

Lagi 2 tahun dah nak cecah 40...bukan usia yang sedikit tetapi bukan bermakna sudah tua hi hi tak ngaku tua ke? Bukan tak ngaku tapi perkara tu semua orang tau dan faham, yang penting pengisian kehidupan kala usia makin meningkat.

Semoga saya menjadi lebih baik dan lebih baik dan lebih baik dalam segala hal walaupun mustahil kerana kita sebagai manusia biasa pasti ada kelemahan namun niat yang baik pasti diredhai Allah. Sekurang-kurangnya dapat jadi lebih baik berbanding hari-hari yang telah di tinggalkan .

Nampaknya cuaca terang benderang hari ni , segalanya pun nampak tenang je. Satu permulaan usia 38 tahun yang baik nampaknya.

Hmmm.....tadi suami tanya , nak apa-apa ke sempena birthday ni? Saya cakap nak duit puluh-puluh ribu, nak bayar hutang segala hutang piutang dan lepas tu nak berhenti kerja, duduk rumah.

Suami cakap, tunggu lah mungkin 5 hingga 10 tahun lagi la kot baru dapat hadiah tu..

he he saja je saya usik-usik dia...duit ringgit boleh di cari , kebahagiaan yang ada penting untuk dikekalkan, saling memperbaiki lagi kualiti kehidupan dan tanggungjawab .

Ok, panjang berceloteh dihari jadi nampaknya.

26 comments:

  1. Kak aya!! Eppi besday!!! Moga pjg umur murah rezki

    ReplyDelete
  2. selamat hari lahir kak...semoga sentiasa dilindungi dan dirahmi ALLAH SWT....

    ReplyDelete
  3. Akak, selamat hari lahir, semoga terus ceria dan sihat hendaknya..

    ReplyDelete
  4. @ajumohit
    t.kasih! t.kasih! tak ada hadiah ke? hi hi

    ReplyDelete
  5. Happy Birthday Kak Aya,
    Semoga diberikan kesihatan yang baik, dirahmati olehNya dan ceria2 selalu.

    ReplyDelete
  6. selamat hari lahir
    semoga di rahmati olehNYA yang Esa.

    ReplyDelete
  7. selamat hari lahir akak ..
    semoga panjang umur dan dimurahkan rejeki selalu .. aminnnnnnnnnn :)

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Lahir Kak Aya.. Moga bahagia dunia akhirat.. :D

    ReplyDelete
  9. selamat hari lahir kak aya...moga semua nya berjalan dgn baik.syg kamu

    ReplyDelete
  10. hepi besday k.aya...semoga murah rezeki, dikurniakan kesihatan yg baik & hepi selalu. aminn.

    ReplyDelete
  11. another 2 yrs u baru nak masuk 40 carats. But me almost 50 dah...huuu.. ye lah another 2 yrs dah masuk 45 yrs. so another 5 yrs lagi. 50..makkkkk...

    ReplyDelete
  12. happy beday kak aya.. panjang umur dan dimurahkan rezeki ye..

    ReplyDelete
  13. @missbby
    t.kasih..masih ceria dan baru lepas temankan Umar menonton Astor Ceria hi hi

    ReplyDelete
  14. @Teratak Hami
    Terima kasih...Insyaallah hendaknya macam tu la, sihat dan dirahmatiNya selalu

    ReplyDelete
  15. @Yan
    he he itu sekadar angka je, Yan,kan? he he...tp saya rasa diri ni mcm dah tua je...

    ReplyDelete
  16. happy birthday aya
    semoga dilimpahi kasih sayang, rezeki, kebahagiaan dan kesihatan yg baik.
    Belum 40 lagi ....muda lagi :))

    ReplyDelete
  17. Happy Birthday kak aya.. semoga sentiasa dibawah rahmat dan lindungan Allah swt.. Aminn.. :)

    ReplyDelete
  18. @cibilzsonic
    t.kasih banyak-banyak atas doa nora itu.

    ReplyDelete