24 November 2011

Masa kah yang menjadi halangan?

Sekarang ni walaupun PC dah ok, saya masih banyak terhutang blogwalking ke blog sahabat  , hutang komen mengomen dan hutang entry.


Kalau dulu mampu publish entry 5 sehari, sekarang ni hanya mampu satu atau dua je..itu pun macam nak pecah kepala berfikir nak taip apa.


Mungkin sebab masa menghimpit kot, otak tak dapat nak berfikir jauh...sekarang ni memang waktu untuk gunakan PC ni lepas anak-anak tidur, lawaknya mama ni pulak yang lebih awal tidur, konon nak temankan anak tidur dan bangun semula untuk berblog tapi hampeh, bangun kala azan Subuh berkumandang.


Dulu saya masih boleh bangun jam 3-4 pagi tapi kini tak mampu, rasanya sebab berat badan memang mempengaruhi la semua ni. Ishhh malas la nak bicara pasal berat badan.


Kenapa la kat ofis saya tu tak ada internet access untuk semua staff...tak nak bagi full access sepanjang masa cukuplah kalau diberikan masa untuk internet ketika lunch hour. 


Handphone tu boleh membaca entry tapi tak boleh nak komen, jadi sama la jugak macam tak buat blogwalking.


Itu la sebabnya sekarang ni saya lebih banyak menghabiskan masa dengan NOVEL , kalau membaca novel ketika anak-anak sedang menonton, tiada siapa yang cemburu, tapi cuba la kalau on PC ketika mereka sedang menonton, mesti ada je yang cemburu hati.


Nampaknya , senang cerita berblog la ketika betul-betu ada masa untuk itu dan tak boleh lagi nak tetapkan masa seperti sebelum sebelum ni. 


Dulu sempat publish satu entry ketika lepas Maghrib sebelum makan malam, publish lagi ketika anak-anak sedang menonton,awal pagi mengadap blog lagi...mungkin sekarang ni kena belajar lupakan seketika cara berblog seperti itu, mungkin sebab tu PC ni rosak hari tu sebagai satu amaran atas kelekaan dan alpa.


Terima kasih untuk mereka yang sudi membaca entry di Jendela Hidup ni.

4 comments:

  1. Kakak berblog masa kerja tak ada halangan langsung. Boss kakak bukan ada di M'sia pun. Tapi kalau di rumah kakak langsung tak sentuh. Apa lagi masa cuti sekolah nie.. PC semuanya milik anak-anak...

    ReplyDelete
  2. Salam Aya..atie pon jarang gak update menjak2 ni...anak dah balik bercuti.masa byk kat dapur & mengemas..hihi.
    Tapi entahlah skrg cam malas nk snap gambar & update..camna tuh?

    ReplyDelete
  3. salam sis..boleh cuba minum acai berry..elok utk kesihatan dan juga penurunan berat badan..bdn pun xletih..sentiasa bertenaga..insyaallah..

    ReplyDelete
  4. Sy berblog ikut dan.. ada masa sy bw dan buat n3.. ada masa sy layan zzzz aje.. tp tak boleh tgl lama2. Rinduu.. hihi..

    ReplyDelete