16 November 2011

MasterChef Malaysia

Minggu ni barulah berpeluang menonton program secara konsisten, lain-lain minggu sekadar menonton gitu-gitu je.

Malam ni menyaksikan Mastura tersingkir..salah satu faktor beliau tersingkir adalah beliau tidak mengikut arahan, patutnya masak maggie sekali dengan perencah kari tetapi dia terlupa nak masukkan ketika merebus maggie dan terus tak dimasukkan di dalam lain-lain bahan...

Komen juri, lada benggala terlalu banyak digunakan menyebabkan rasa lada benggala dah terlebih .

Hmmm bila tengok para peserta masterChef ni memasak, jelas mereka sememangnya mahir memasak dan bukan sembarangan la kalau nak dicomparekan dengan saya yang menonton ni. Agaknya jangankan nak sertai ujibakat tapi ketika isi borang dah tak layak kot.

Setakat ni saya sukakan Ezani si doktor gigi tu, Kak Zu dan Zamir...nampaklah mereka ni macam kreatif dan ada kelebihan tersendiri.








6 comments:

  1. Kakaya, tgk masterchef nie program masak tp tetap ada adegen sebak dan tangisan...huhu penonton pun leleh je airmata hehe.. dorang emang best kan...

    ReplyDelete
  2. akak tak pernah tengok..,,hari apa aya?

    ReplyDelete
  3. @Jendela Hati
    saya ni hati kering sikit kalau bab2 program realiti ni walaupun jenis cepat leleh.

    ReplyDelete
  4. @kasihredha
    Setiap Sabtu-Rabu, 9 malam , Astro Ria

    ReplyDelete
  5. Saya pun suka tengok...turut berdebar mnunggu komen juri....macam kita pulak yg masuk pertandingan....

    ReplyDelete
  6. kak, mastura yang mana? yang gemuk2 sikit orang sarawak tu ker?

    ReplyDelete