23 November 2011

Novel Rindu Cintaku Sekuel Ombak Rindu



Baru selesai membaca novel ni , keluarnya dah lama tapi baru dapat novel ni daripada kawan baik ka ofis tu, sang pencinta novel.

Tak tau pulak saya masih ada sekuel novel Ombak Rindu selepas Ombak Rindu dan Cinta... Tiada Akhirnya.

Kawan ofis tu selongkar balik novel kesayangan bila mendapat tau Filem Ombak Rindu bakal menjengah pawagam tak lama lagi.

Dalam novel ni, sekali lagi keutuhan cinta Hariz pada Izzah teruji, kedudukan Hariz di Sufiah Holding disingkirkan setelah adik susuannya, Hazirah memegang tampuk kuasa.

Izzah digambar hilang ingatan sebelum ni dan novel ni dia mulai mendapat kembali memori lama, Elin bekas adik ipar Hariz yang pernah menaruh hai pada Hariz telah memerangkap Hariz yang mana akhirnya membawa kepada kehilangan Izzah selama 4 tahun. Izzah sekali lagi meninggalkan Hariz, nampaknya.

Kali ni muncul watak ZulFaris** terkebil-kebil jap nak mengingat dari mana datangnya dia ni sebelum ni..ohhh rupanya dari novel Setia Menanti..kesiannya En.Zul ni mengharapkan pada yang tak sudi.

Watak Kelvin dan Roland muncul lagi, sebelum ni pernah muncul di dalam novel Ombak Rindu, ketika Izzah menjadi GRO di pub dan ketika itulah detik permulaan antara Hariz dan Izzah ..maknanya Roland dan Kelvin adalah 2 manusia yang tau kisah gelap Izzah.

Saya suka part dihujung cerita, ketika Izzah pulang dari luar negara, datang jumpa keluarga Hariz, Armand dengan sportingnya membawa Izzah berjumpa dengan ayahnya tanpa pengetahuan Izzah ke ladang. Saat ni agak menyentuh hati sikit, apatah lagi munculnya watak :'Tuan Haji' ...

Watak Tuan Haji adalah Hariz selepas 4 tahun ditinggalkan, selepas berjaya mempunyai ladang pertanian, masih kekal dengan rasa cinta yang mendalam pada Izzah.

Hebat betul Fauziah Ashaari garap cerita ni hingga menjadi 3 sekuel yang tak jemu dibaca.

Tahniah untuk Fauziah Ashaari, semoga novel ini berjaya sebagai filem hebat walaupun saya agak negatif dengan pemilihan pelakon untuk filem ini.

4 comments:

  1. tak sabar nak tggu cite ni masuk pawagam!! mlm td dah tgk 1st 30mins kt astro prima..mcm besttt

    ReplyDelete
  2. woo nak difilemkan ekk..baru tau nie.hehe..

    sy dulu2 time belajar ada jugak baca ombak rindu..yg baru2 nie semua mmg tak taulah..:)

    ReplyDelete
  3. tgk mcm best cuma pemilihan pelakon wanita tu pun sy tak berapa setuju le huhu

    ReplyDelete
  4. saya ada jual buku rindu cintanya.. stock terhad.. email saya b-zuya7484@hotmail.com

    ReplyDelete