27 November 2011

Ogy Bakal Menyaman Johan Raja Lawak?

Saya masih belum tidur kala jam 2.30 pagi..ntah la dah lama baring tapi tak nak lena..itu yang membaca itu, membaca ini.

Last-last bangun on PC untuk kali ke dua untuk malam ni..pergi ke blog ROTIKAYA, terjumpalah kisah Kak Ogy mungkin akan menyaman Johan Raja Lawak.

Berikut sedikit kata-kata penjelasan Ogy mengenai perkara tersebut:


Menurut Ogy, beliau baru sahaja habis berbincang dengan peguam peribadi berkaitan niat untuk mengambil tindakan terhadap Johan Raja Lawak ekoran insiden di’Festival Filem Malaysia ke 24.
Jadi, apakah punca Ogy ingin mengambil tindakan saman terhadap Johan Raja Lawak? Kalau anda masih ingat, pada malam anugerah FFM24 yang lalu, mereka merupakan pasangan pengacara yang buat pertama kali di’gandingkan.
Menurut Ogy, pasangan pengacara beliau itu banyak mengeluarkan kenyataan berunsur merendahkan diri beliau sebagai anak seni & artis yang lebih senior — dan semua itu tidak wujud dalam skrip asal.
“Biar saya beri satu contoh, dalam satu selingan di’atas pentas Johan ada menyebut merujuk kepada saya di’sebelah — ada bakat ke? — dan saya anggap perkataan Johan itu sebagai merendahkan kebolehan saya”. ujar Ogy.
“Tidak pernah sebelum ini pasangan pengacara saya merendahkan apa yang saya ada atau menjadikan saya sebagai bahan komedi — Salleh Yaacob yang merupakan bapa saudara Johan pun lebih professional”
Menurut Ogy lagi, Johan Raja Lawak juga beberapa kali merujuk beliau sebagai ‘orang tua’ dan mempersendakan fitrah beliau sebagai seorang manusia ciptaan Tuhan — yang Ogy anggap sebagai satu tindakan kurang bijak.
“Saya turut melihat trend di’kalangan artis baru yang seakan sudah hilang hormat kepada artis senior dan saya pasti kes saya bukan satu satu’nya. Saya mewakili mereka untuk memberi pengajaran,” jelas Ogy.
*** Hmm lain kali kena berhati-hati kalau nak bergurau seloka, silap hari bulan, terima padahnya.

3 comments:

  1. emmm... tak perlu la nak saman menyaman nie... kan? :)

    ReplyDelete
  2. Hmm, rasanya Johan tak ada niat sampai ke situ kut. Tp biarlah mereka setelkan masalah mereka, kita sekadar pemerhati je..

    ReplyDelete
  3. sama2 dh buat lawakkan... tak perlu le sampai nak saman2

    ReplyDelete