26 November 2011

Sunyinya dimalam ini, suasana sepi

Malam ni betul-betul kesunyian dan kesepian *** semacam pulak ayat intro entry ni. Macam ni la agaknya yang mak dan makcik saya lalui saban masa.


Umar tidur semenjak pukul 7.30 malam lagi, memang la agak lega bila melihat dia mula terbongkang tidur kerana dapat berehat sementelah hari ni langsung Umar tidak berhenti daripada mengemas rumah*** kemas dalam erti kata sebaliknya.


Bila dah berjam mengadap blog, saya rasa bosan pulak, nak bercakap tak ada sesapa pun yang boleh dijadikan teman borak, nak call suami di kampung macam tak best pulak sebab dia baru je call lepas Maghrib tadi, dah bersembang sepatah dua kata dengan Nadhirah jugak.


Bila saya berseorangan begini, saya memang malas nak mengadap TV, novel pun terbiar je, nak tidur pun tak lena, terkebil-kebil je tadi lepas off PC kejap, bangun on PC semula.


Sesungguhya beryukurlah mereka yang mempunyai ahli keluarga disisi, sekurangnya kesepian tidak menjengah.


Kala ini memang saya terkenangkan kesunyian dua insan terdekat dalam hidup saya, MAK dan MAKCIK.


Mereka berdua melalui kesunyian ini dengan penuh keredhaan sekalipun sakit sebenarnya di sudut hati. 


Saya bersyukur ada suami dan anak-anak, walaupun mulut membebel bila mereka bising, mereka sepahkan barang, berat tulang bila saya meminta pertolongan namun itu lebih baik daripada sunyi sepi begini.


Akhir kalam, saya titik kan dulu entry ni dengan harapan sahabat semua tidak kesunyian malam ni.

4 comments:

  1. salam maal hijrah
    sekejap je sunyi tu aya
    nanti bising balik

    ReplyDelete
  2. Rumah kami hanya sunyi bila dua beradik tu tak bersemuka.. kalau salah sorang takde, sunyi je rasa..

    ReplyDelete
  3. @kasihredha
    salam maal hijrah jugak utk kak kasih,betul tu, sunyi nya sementara je, yang bisingnya berterusan...

    ReplyDelete
  4. @Zefa NorAsmara
    samalah macam dalam rumah kak aya ni, sorang tak ada pun dah cukup utk jadikan rumah ni sunyi sepi

    ReplyDelete