Astro First| Aku Bukan Tomboy

Semalam sampai dari Tampin sekitar 4 petang..lepak-lepak sekejap kat rumah, kami 3 beranak keluar,ketua isi rumah rehat je kat rumah...bukan keluar kemana pun, ke Giant Batu Caves je..beli sedikit barang keperluan.

Malamnya,bosan je semua...itu yang melanggan filem Aku Bukan Tomboy di saluran Astro First.

Cerita ni best jugak la tapi kurang sesuai untuk tontonan budak-budak..ayat-ayat yang dituturkan agak kasar, memperlihatkan perwatakan tomboy, cara berpakaian, cara bercakap.

Keseluruhannya cerita agak menghiburkan cuma endingnya tidak begitu memuaskan...agaknya ada sambungan lagi kot lepas ni.

Nasib baik anak-anak saya tidak begitu meminati filem ini, mungkin mereka tidak begitu faham bahasa-bahasa yang digunakan...memang pun filem ini untuk tontonan 18 tahun ke atas, jadi sah-sah tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak.

Saya bercadang nak tamatkan je pakej Astro ni sebabnya Umar sentiasa menguasai remote control, sudahnya kami semua terpaksa mengadap Astro Ceria....dulu keadaan yang sama berlaku ketika saya melanggan Disney Channel...24 jam kartun je...sudahnya terpaksa ditamatkan saluran tu..nampaknya kali ni mungkin tak ada saluran terus kat rumah ni dan bersedia la untuk menonton TV yang tak serupa TV ( semua siaran kurang jelas).

Kalau tak dikontrol minat Umar tu boleh mengganggu banyak perkara terutama bila sekolah akan mula di buka lagi 2 minggu...masa tidur , masa bangun tidur, masa bersiap semua akan berubah kalau banyak menonton, sudahnya mama yang akan terlambat sampai di pejabat.

Hmmm melalut-lalut dah nampaknya ni.....



0 comments :

Post a Comment