05 December 2011

Bubur Asyura

Alhamdulillah, tiap tahun mesti dapat merasa bubur Asyura ....kali ni bubur Asyura yang dimasak oleh sedara saya yang datang dari Terengganu, bawak segala bahan dan rempah ratus dari sana, datang sini untuk masak je.

*** gambar tak dapat transfer.

Di Terengganu ada 2 jenis Bubur Asyura, satu yang rasa tawar dan satu lagi rasa manis.

Antara bahan yang digunakan adalah :

beras,kerisik,bawang merah,bawang putih,halia,lengkuas,lada hitam,santan,keledek,jagung,kacang merah,gula,gula melaka,garam,rempah bubur asyura,air,ayam@daging@ikan rebus

Saya tak pernah masak sendiri tetapi pernah melihat sekumpulan orang kampung dan mak saya memasak bubur Asyura ni.Biasalah kalau kat kampung, bergotong royong masak bubur Asyura.

Ada tak yang biasa masak bubur Asyura ni sendiri kat rumah?


5 comments:

  1. Sebelum ni pernah masak tapi taklah sesedap mana, esok saya cuti plan nak masak bubur asyura ni, haraplah jadik..huhu

    ReplyDelete
  2. @Huda
    elok la tu, pos ke selayang mulia sikit, nak rasa...

    ReplyDelete
  3. Saya tunggu orang beri sahaja :-)

    ReplyDelete
  4. @Teratak Hami
    sama la dgn kita kat sini, tunggu org beri.

    ReplyDelete
  5. sedaapnya k.aya...peberet saya tuu..bila tgk list bahan2 yg k.aya tulis mcm nak cuba buat aje..cuma rempahnya aje yg takde.

    ReplyDelete