09 December 2011

Corat coret Jumaat


Saya tau kebelakangan ni saya sungguh tidak aktif berblog…tak apa, sekarang ni tak nak bagi apa-apa tekanan dalam berblog..ada masa, layan..tak ada masa, lupakan kejap….banyak kali tulis kat sini alasan yang sama, ntah sapa yang ambik peduli dengan segala alasan tu…apa pun , saya memang sukar berblog sekarang kerana Umar memang akan mengacau tambah-tambah Nadhirah tak ada kat rumah sekarang ni, Umar cepat bosan dan perlukan teman sepanjang masa ..kala menonton, nak berteman, nak bermain basikal pun berteman, padahal mainnya dalam pagar rumah tu je. Tak adil untuk biarkan dia hanya kerana utamakan minat sendiri..

Pagi tadi sahabat baik bawak bekal roti goreng hotdog…Alhamdulillah, belum sempat letak handbag lagi, dia dah hulurkan Tupperware..rezeki dipagi Jumaat. Kata orang, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari..

Pagi tadi jugak, pulasan yang dipesan melaui seorang sahabat sampai ke meja saya …apa lagi ,sepanjang hari ni asyik makan pulasan je la..jangan salah faham, makanan lain tetap masuk perut….tengah hari makan nasi berlaukkan telur mata kerbau masak merah….sedapppp….

Balik kerja tadi terus ke dapur bersama Umar…boleh la kalau nak mintak tolong dia kacau –kacau lauk dan boleh juga bikin kacau kat dapur. Hari ni masak nasi , itu dah semestinya…lepas tu buat nasi goreng..he he itu je la nampaknya petang…Lepas buat sambal udang campur sotong sikit ( itu je la baki bahan basah yang ada dalam peti ais). Lepas je masak terus saya dan Umar makan….suami macam biasa la, lewat baliknya.

Sekarang sementara menunggu waktu berbaring dan terlena, post 1 entry dan memang tidak sempat untuk blogwalking , sejujurnya saya merasa bersalah dengan sahabat maya semua yang sentiasa datang memberi sokongan.

Terima kasih semua!

p/s: Cek pertama bersama Nuffnang baru je diterima 2 hari lepas, bernilai RM125.55..Insyaallah saya buat entry khas nanti.

2 comments:

  1. umar suka kacau ye..
    wauu byknya aya dpt
    akak cuma belas2 ringgit jer...hihi

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Kak Aya

    utamakan keluarga akak

    Wassalam

    ReplyDelete