11 December 2011

Gunawan Mengaku Tidak Mampu Berpoligami

Saya tak kenal pun sapa Gunawan ni tapi bila tau dia ni pelakon sinetron Indonesia mesti ramai yang minat nak tau kisah dia..jadi kita copy je lah kisahnya dari Mstar...saya kekeringan idea untuk update blog sekarang ni.




Pelakon sinetron Hikmah dan Ratapan Anak Tiri, Gunawan, 38, (gambar) mendapat banyak pengajaran ketika melakonkan watak suami yang mempunyai dua isteri.
Dia mengaku tidak mampu menjadi seorang yang adil terhadap dua isteri.
Dalam sinetron terbarunya Dia atau Diriku, Gunawan melakonkan watak Anjar yang mempunyai dua orang isteri, namun salah seorangnya harus diceraikan kerana keluarganya tidak bahagia.
"Anjar sebenarnya orang baik, cuma manusia melakukan kesilapan. Kesilapam itu yang membuat dia terbelenggu," katanya seperti yang dilaporkan oleh detikhot, Jumaat.
Melihat dua isteri yang tidak bahagia membuat Gunawan banyak belajar. Menurutnya, dia pasti tidak mampu menjadi seorang yang adil jika mempunyai dua isteri dalam kehidupan realitinya.
"Saya rasa untuk menghadapi satu isteri saja pasti ada konflik. Berkeluarga ada dua orang yang beza, ditambah lagi isteri kedua dengan karakter berbeza, boleh jadi pening kepala," ujarnya sambil tertawa.

*** Betul tu Gunawan,poligami akan mendatangkan 1001 kesulitan kalau kita tidak betul-betul mengikut syarat dan landasan yang betul....kalau sekadar mengikut kata nafsu memang segalanya akan menjadi ribut taufan,lintang pukang dan kelam kelibut....jadi wahai suami, jangan cari penyakit tambahan.

2 comments:

  1. gunawan mmg fofuler kat Indon

    akak tak suka dgn poligami
    tapi suka jus poligami :-))

    ReplyDelete