03 December 2011

Hattan Nafi Cerai Talak Tiga

Sekarang ni saya memang tak ada idea nak update blog tapi tak nak blog ini bersawang, jadi saya antara suka dan tak suka memasukkan cerita-cerita yang mungkin bukan menjadi pilihan orang untuk membacanya.

Tadi membelek KOSMO online, jumpa kisah penyanyi Hattan yang menafikan bercerai talak tiga, aiikk tak tau pulak dia dah kahwin baru...tak cerai talak tiga tu maksudnya masih suami isteri atau bercerai tapi bukan talak tiga atau apa ? Ishh confused la...apa-apa je la..


 Hattan menafikan gosip mengatakan dia telah menceraikan isterinya, Farah Asyikin, 32, dengan talak tiga selepas hanya seminggu berkahwin pada bulan lalu.
Hattan atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Sahabuddin, 47, berkata, gosip tersebut tidak benar dan berniat jahat.
Beliau turut membidas sikap pihak tertentu yang menulis tanpa bersandarkan etika.
"Menjatuhkan talak tiga adalah perbuatan paling zalim yang dilakukan lelaki kepada isteri.
"Saya tak akan ceraikan isteri dengan talak tiga, semua itu adalah fitnah!," ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.
Semoga berbahagia selalu, masih di alam bulan madu lagi kan?

2 comments:

  1. Minta jauh la dari benda2 mcm ni.. nauzubillah..

    ReplyDelete
  2. Bak kata lagu hattan yg popular "bisa bonar"...hihi

    ReplyDelete