14 December 2011

M.A.L.U


Saya akui saya seorang yang pemalu…betul, memang saya seorang pemalu ( saja nak bagitau, walaupun tak ada sapa tanya hi hi)..

Rasanya malu saya ni lebih didorong oleh rasa rendah diri..kadang-kadang kerana rasa malu yang tak bertempat ni, banyak peluang yang saya sia-siakan begitu saja.

Kebetulan pulak Majalah MIDI keluaran terbaru ni membicarakan isu MALU ni…

Dalam tu seolah menerangkan apa yang saya rasa. Malu bermula dengan perasaan tegang apabila bertemu orang lain. Bila mula rasa tegang, diri pun ragu-ragu ketika berbicara dan tidak mampu  menyamakan persepsi dengan orang lain. Tubuh agak gementar dan wajah menjadi merah, sedikit berpeluh. Time berpeluh, keyakinan diri betul-betul menurun.

Di dalam Majalah MIDI, ada disyorkan beberapa cara untuk mengatasi masalah ini.

  1. Libatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. Dengan ini kita pasti akan cuba menyesuaikan diri dan cuba bergaul dengan orang lain , luar dari lingkungan keluarga.
  2. Beriadah bersama-sama ahli kelab, jiran tetangga, rakan-rakan.
  3. Lontarkan perkataan lucu kepada orang lain, kemudian sama-sama ketawa *** tapi janganla buat lawak bodoh, nanti menampakkan kebodohan diri.
  4. Berusaha untuk berkenalan dengan orang-orang yang ditemui di tempat-tempat umum . Berbuallah dengan mereka dan kenali pemikiran mereka.
  5. Ketika menjelaskan sesuatu, bercakaplah seakan-akan kita bercakpa dengan diri sendiri dan tidak ada sesiapan pun di depan kita ketika sedang bercakap.
  6. Usahakan untuk solat berjemaah secara rutin dan cabar diri untuk menjadi imam, jika ada kesempatan.
  7. Tingkatkan rasa perhargaan kendiri, iaitu dengan menerima diri tanpa syarat. Kita menerima diri kita terutama fizikal yang sedia ada dengan redha dan penuh syukur.
  8. Tingkatkan imej berpakaian kerana dari situ , harga diri turut dipertingkatkan. Keyakinan diri turut meningkat.
  9. Belajar berkomunikasi secara effective. Belajar menyebut sesuatu perkataan dengan betul dan jelas.
  10. Hentikan mengkritik diri sendiri secara negatif. Kritikan perlu sebagai pantuan untuk membina kredibiliti kita.
  11. Iktiraf segala pencapaian kita walau sekecil mana pun. Sentiasa mengucapkan syukur kepada Allah di atas pencapaian kita. Sebutkan selalu hingga melekat di sanubari kita.
  12. Berikan cabaran pada diri kita untuk melakukan perkara yang kita takut kerana inilah cara terbaik untuk kita atasi rasa malu.
  13. Setiap orang ada kehebatan dan keunikan sendiri, sentiasa rasa diri kita adalah penting dan sesiapa sahaja oran gyang kita temui adalah penting. Jadi dengan cara ini kita tidak akan rasa malu kerana harga telah kita tingkatkan.
  14. Sentiasa berdoa kepada Allah untuk dihindari rasa malu tidak bertempat di dalam diri.

Susah betul nak hapus perasaan tu sebenarnya....ada tak tip-tip lain daripada sahabat semua atau yang telah pun berjaya mengatasi rasa malu tak bertempat macam saya ni?



No comments:

Post a Comment