01 December 2011

Novel Awak Suka Saya Tak | Melur Jelita


Akhirnya siap juga membaca novel ni..saya sangat suka, sangat suka novel ni….

Novel ni istimewa pada saya kerana lokasi di dalam cerita ini terasa dekat di hati, di sekitar Masjid Terapung yang sentiasa menjadi laluan dan persinggahan kala perjalanan dari KT-KL, KL-KT…tempat-tempat yang digambarkan selain Masjid Terapung pun semuanya dapat dbayangkan dengan jelas…Terengganu Equestrian Resort (TER) ,Pantai Batu Buruk, Pasar Kedai Payang dan Lembah Bidong tempat pertandingan Polo tak jauh pun dari rumah saya di Batu Rakit, makan sotong celup tepung di Penarik..ooohhh terasa seperti turut sama di dalam novel ini.. ahaksss.

Saya suka jalan cerita novel ini…. memang pada setiap novel, watak hero dan heroin mesti ada babak-babak romantis tapi pada saya yang lebih istimewa pada novel ini berbanding novel yang lain kerana ianya memberi pendidikan kepada pembaca, novel sebegini la yang saya selalu inginkan….menjaga aurat, adab  pergaulan, pesanan dan peringatan berguna, ada disertakan potongan ayat Quran dan Hadis. Ianya mengingatkan saya kepada novel tulisan Hlovate…yang mana di akhir cerita, ianya  ‘memberi sesuatu’ kepada pembaca. Novel selalu dianggap bahan bacaan ringan pada sesetengah orang tetapi sekiranya ianya digarap dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab, novel tu berperanan dalam membentuk akhlak pembaca, novel dapat memberi kesedaran dan peringatan kepada pembaca.

Pastinya kalau saya membaca novel, watak hero mesti perkara pertama yang saya pentingkan…...saya sebagai pembaca sangat-sangat  sukakan Hilman Yong *** wujudkan dia niNak jumpa rasanya

Hilman Yong seorang mualaf yang sentiasa cintakan Allah dan Rasul melebihi segalanya, menyanjung tinggi kedua ibubapa, percaya pada usaha dan doa mampu mencapai segala impian murni (atas kehendak Allah), percaya cinta sejati akan datang sekali lagi sekalipun ianya pernah hilang,  namun sebagai manusia biasa tetap juga tidak terlepas daripada beriak sombong tanpa di sedari…Hilman Yong patut dijadikan contoh seorang suami yang inginkan rahmat Allah, belajar untuk menjadi suami seperti Rasulullah S.A.W..memanglah novel semuanya di karang indah tapi ada perkara yang baik boleh kita ambil dan jadikan amalan di dalam kehidupan kita.

** tak sangka saya dan Hilman sama berkongsi minat pada angka 5

Manakala Intan , watak heroin di dalam novel ini pula digambarkan sebagai seorang yang agak degil…dia ni senang percayakan orang lain berbanding kekasih hati sendiri, sukar untuk meminta maaf sekali pun menyedari kesilapan sendiri . Saya dalam menyelami perasaan Intan tatkala beliau menyedari “Hilman” la orangnya yang akan menjadi teman hidup semati beliau…betapa beliau menderita untuk mendapatkan kembali cinta Hilman yang telah hilang ..

Watak Damien ( Hilman sebelum memeluk Islam) pulak nampaknya agak nakal he he biasalah orang muda, tampan dan kaya , mesti ada sifat nakal-nakal sikit , kan?

Saya pasti akan ulang baca novel ni…saya rindu kan Terengganu sangat-sangat bila membaca novel ni, saya dapat rasakan kedamaian kala Subuh di Masjid Terapung, dapat merasakan angin Pantai Batu Buruk….enaknya makan keropok lekor, bestnya mencuci mata di Kedai Payang…..

Secara ringkasnya novel ini sarat dengan kasih sayang, cinta dan panduan hidup berumahtangga dan berkeluarga. Panduan kepada saudara baru, panduan untuk membantu saudara baru dan pahit getir menempuh kehidupan.

Terimakasih untuk penulis novel, Melur Jelita …untuk novel yang sungguh indah ini. Kepada yang belum membaca novel ini, boleh la baca, kalau belum beli, boleh beli di kedai berhampiran.. 


2 comments: