17 December 2011

Novel Hati Kala Cinta|Hani Fazura

Saya baru selesai membaca novel ini...ceritanya boleh tahanla cuma mengingatkan saya kepada novel SWEET SOUR tulisan NASZ keluaran Jemari Seni...bukan lah sama sepenuhnya cuma ada persamaannya. Mungkin satu kebetulan saja.

Oleh kerana saya terlebih dahulu membaca novel Sweet Sour, saya jadi potong mood kala membaca novel Hati Kala Cinta namun begitu saya tetap habiskan bacaan dan pada saya ianya tetap seronok di baca , andainya saya belum membaca novel Sweet Sour, saya rasa extra seronok dan puas hati membaca novel ini.

Kisah Lya kawan rapat dengan Zhafran sejak kecil hingga masuk U, mereka sebenarnya dah sampai tahap bercinta cuma mereka tidak menyedari. Zhafran memilih untuk berkahwin dengan Nurin, sepupu Lya menyebabkan Lya begitu kecewa sekali.

Namun selepas berkahwin dengan Nurin,Zhafran mula menyedari cintanya pada Lya, sebenarnya dia dah sedar ketika beberapa ketika sebelum berkahwin dengan Nurin tetapi untuk Zhafran membatalkan perkahwinan itu adalah tidak mungkin kerana ianya melibatkan banyak hati.

Time tengah kecewa tu, Hareez iaitu abang kepada Zhafran pulang dari luar negara, ditunangkan dengan Lya walaupun mereka tidak saling menyintai...kalut jadinya bila Zhafran nak rebut kembali Lya, Nurin curang, Hareez yang sebelum tu tidak menyintai Lya mulai jatuh cinta dengan Lya. Manakala Lya tetap menyintai Zhafran..kadang-kadang cinta tidak semestinya saling memiliki, kan? Agaknya Lya ni kawin tak dengan Zhafran?

Hmm setakat tu je la sinopsisnya...boleh baca online atau beli novel kat kedai..nak beli dengan saya pun boleh.


No comments:

Post a Comment