17 December 2011

Novel Kasih Bersulam Cinta|Rozita Abd Wahab

Ini novel yang selesai proses bacaannya petang tadi, dah lama baca sikit-sikit...tak begitu menarik pada saya tetapi boleh la .....mungkin orang lain berbeza pandangan..apa pun saya suka gambar cover novel ni.


Mengisahkan Anis, ditangkap khalwat dengan Hakim selepas diperangkap oleh ibu tiri Anis sendiri...mereka berdua kahwin tanpa rasa cinta dan menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar di Universiti yang sama.

Hakim seorang playboy, Anis seorang wanita yang kekampungan namun memiliki raut wajah yang cantik asli.

Anis sebenarnya mewarisi harta kekayaan arwah ayahnya tapi tak ada sapa pun yang tau perkara tu.

Berbalik kepada hubungan Anis dan Hakim tu, mereka hanya berbaik sebagai pasangan suami isteri setelah 2 tahun berkahwin.

Novel ni akan dijual , kalau ada yang berminat boleh bagitau pada ruangan komen ye.

1 comment:

  1. aah la kak, novel ni cam boring, saya baca 1/2 je.. :(

    ReplyDelete