Pukul 4 pagi masak nasi lemak....

Caya la hari ni, bangun pukul 3.50 pagi semata-mata untuk masak nasi lemak..sebenarnya hari ni suami bercuti, jadi suami dan Nadhirah akan tinggal kat rumah..itu lah sebabnya bangun awal-awal hari ni.

Masak nasi lemak , sambal bilis dan goreng kepak ayam je dan seteko teh panas...cukuplah untuk mereka berdua sepanjang hari ni andai kata ketua isi rumah malas nak keluar mencari makanan lain atau pun malas nak masak.

Harap-harap rasa nasi lemak tu tak mengecewakan..kata orang, kalau ikhlas memasak, rasa akan jadi bertambah sedap dan enak he he..

Ketika entry ni di taip, hanya saya dan Umar yang dah bangun, lagi dua isi rumah masih enak dibuai mimpi.

*** seronok kalau masih ada cuti, boleh lepak sama-sama...tapi cuti tahunan berbaki 0.

4 comments :

kasihredha said... [Reply to Comments]

bertuahlah org2 yg memakan nasi lemak ni...di buat dgn ikhlas dan penuh kasihsayang :)

Lady Lavender said... [Reply to Comments]

waaa..k.aya rajinnyaaa...seawal pagi bangun masak nasi lemak :-))

fieda said... [Reply to Comments]

rajin kak aya...kalau tak sian dorang nak mkn apa kan...

Chekgu Azrine said... [Reply to Comments]

sedap nya nasi lemak kak aya.. hehehe

Post a Comment