Rm1,000,000 Money Drop|Astro Ria

Baru 2 kali tengok rancangan ni..teruja sikit la sebab RM1 juta diberikan pada permulaan permainan. Tak pernah tengok seumur hidup ini duit berjumlah RM1 juta selonggok macam tu depan mata.

Rancangan ini memerlukan pengetahuan am yang luas dan strategik permainan yang betul agar duit RM1 juta tidak lebur begitu saja.

Malam ini menyaksikan 2 peserta pertama yang memenangi Rm100,000 selepas menjawab kelapan-lapan soalan. Arzi dan Hazril, pasangan sepupu dari Penang yang memenangi wang tersebut kelihatan penuh keyakinan pada awal permainan .

Apa pun tahniah untuk pasangan sepupu ini kerana berjaya memiliki wang sebanyak RM100,000 dalam masa yang singkat . Memang agak sukar untuk membuat keputusan untuk memilih setiap jawapan yang betul dan dalam masa yang sama takut kehilangan duit. Pasangan ini nampaknya ada keserasian dan mempunyai sifat tenang dan tidak gelabah.

Alhamdulillah, dengan izin Allah mereka akhirnya pulang ke Penang bersama wang tunai RM100,000..tapi betul ke duit tu bukan duit contoh? Tak bahaya ke bawak macam tu je? Duit contoh je kot kan? Eh sibuk pulak penonton sorang ni.

1 comments :

Huda said... [Reply to Comments]

Duit betul kot..tapi dia tak bawak balik kot duit tu..duit sebenar mungkin dia bank in..

Post a Comment