04 December 2011

UMAR DAH 5 TAHUN| HAPPY BIRTHDAY

Alhamdulillah, selepas mama menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 38 pada 28 Nov lepas, hari ni 4/12/2011, Umar pula menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 5.

Masih teringat , saya cuma sakit kurang 3 jam sebelum melahirkan Umar, masuk labour room pun kurang 15 minit terus bersalin...cuma bila dah lahir ke dunia, Umar ni suka sangat menangis hinggakan mama pun turut menangis sekali..banyak memori kalau nak dikenang semula..

Syukur , Umar membesar sihat sempurna, besar pengharapan untuk Umar seperti mana ibubapa lain juga.

Semoga anak mama ni dilindungi Allah selalu dan dipanjangkan usia, menjadi anak yang soleh, anak yang mendengar kata, anak yang rajin mengerjakan solat, anak yang menghormati kedua ibubapa, orang-orang tua, guru-guru. 

Oleh kerana si kakak sedang bercuti di Tampin,saya tak rasa ada apa-apa sambutan untuk Umar sebagaimana pada harijadi saya hari tu sob sob....tak ada rasa nak seronok-seronok bila tak cukup korum.

**Gambar ulang tayang, pc belum ok untuk transfer gambar.

4 comments:

  1. Selamat Hari Lahir Umar..Semoga jadi anak yang soleh ya..

    ReplyDelete
  2. Selamat ulang tahun ke 5 buat Umar.. semoga berjaya di dunia dan akhirat. Umar anak soleh!!

    ReplyDelete
  3. happy birthday umar... jadi anak yang soleh hendaknye... jgn buat mama menangis lagi ye

    ReplyDelete
  4. Selamat Ulang tahun kelahiran yang ke-5 Umar :)

    ReplyDelete