Follower ke 100

Terima kasih untuk follower ke 100 blog ini, Lady Lavender.Bukan main lama menunggu untuk cukupkan 100 follower.

Keringat yang mengalir

Hari ni adalah hari yang berpeluh sentiasa..haaa mesti busuk masam hangit segala bagai...

Sebabnya mengangkat barang-barang untuk pindah. Sewa lori 4 tan dengan kadar RM200 untuk 1 trip. Memang pun 1 trip je pun untuk semua barang makcik dan adik-adik. Kalau kami tak mengangkut secara berdikit-dikit rasanya lebih 1 trip kot.

Rumah sewa lama dah pun clear...sayonara.....

Rumah sewa baru berkecah, mungkin untuk sepanjang minggu ni, proses penyusunan mengambil masa.

Baru kejap tadi saya ke kedai makan untuk tapau lauk, seperti biasa melalui rumah sewa lama yang baru aja dikosongkan kurang 12 jam..sayu hati sebab biasanya kalau lalu je mesti saya pandang ke rumah tu yang mana di dalamnya ada makcik dan adik-adik, di luar rumah pulak ada kereta makcik dan kereta adik.
Jadi untuk hari seterusnya saya akan memandang kosong aja lah rumah yang bakal di renovate keseluruhannya itu.

Begitu lah kehidupan ini, tiada yang kekal abadi melainkan DIA yang SATU.

Cuti Sekolah berakhir

Selain sibuk dengan year end closing, membeli kelengkapan pakaian dan buku-buku sekolah, lagi satu yang buat kita bertambah sibuk adalah kena datang ke sekolah untuk bayar yuran. 

Pagi 1/1/2011 bayar yuran transit dan yuran sekolah agama.

Pagi 2/1/2011 bayar yuran sekolah kebangsaan.

Selain itu, buku teks perlu dibalut. Saya belum balutkan buku teks Nadhirah. Janjinya malam ni nak balut tapi sampai ke awal pagi masih lagi belum balut.

Pakaian sekolah belum digosok. Biasanya perlu gosok untuk keperluan beberapa hari sekaligus.

Sekolah akan mula dibuka semula pada 3/1/2011, Umar akan memulakan kelas tadika di Naluri Kreatif ( ala sama macam tahun sebelum ni jugak la). Saya cuma perlu hantar Umar di depan pintu pagar macam biasa pada hari pertama nanti. Tak perlu nak melihat dia belajar seperti ibu-ibu lain pada hari itu. Kalau saya menunggu, alamatnya Umar akan berkepit kat celah ketiak saya la.

Nadhirah akan memulakan kelas di sekolah agama pada sesi pagi manakala sekolah kebangsaan pada sesi petang. Tiada apa sangat yang perlu dirisaukan tentang si kakak ni, pagi kita hantar ke sekolah agama, tamat waktu belajar, tuan punya tempat transit yang mesra dipanggil Untie akan mengambil para pelajar untuk dibawa pulang ke rumah transit bersebelahan dengan rumah Untie. 

Jadual di rumah transit sama saja seperti tahun lepas, sebelum ke sekolah kebangsaan perlu belajar mengaji dan makan tengah hari dulu. Lepas tu ke sekolah kebangsaan yang terletak betul-betul di depan rumah transit.
Nanti petang saya dan abahnya akan menunggu si kakak depan pagar sekolah. Begitulah rutin yang akan dilalui sehingga cuti sekolah datang lagi.

Harapannya tahun ni tak ada kelam kabut lagi macam tahun lepas.Ala yang kelam kabut cuma saya je..ntah apa yang saya nak kelam kabut tu , saya sendiri pun tak faham.

Pindah Rumah

Hari tu berpusing-pusing sekitar Selayang, Batu Caves dan Gombak mencari rumah sewa untuk makcik dan adik-adik. Setelah melalui pelbagai rasa disebalik pencarian tu , akhirnya jumpa juga dengan apa yang di cari.

Esok pagi, waktu untuk memindahkan barang2 besar dan berat seperti dapur, peti ais, almari pakaian, kabinet, rak-rak menggunakan khidmat lori sewa.

Beberapa hari sebelum ni makcik sudah pun memindahkan barang-barang kecil menggunakan kereta.

Bila sebut pindah rumah, kerja2 yang perlu dibuat adalah packing, mengangkut, memunggah dan unpack semula ..oohhh itu cukup cukup membuatkan seluruh badan sakit-sakit dan penuh keletihan. 
Harap-harap segalanya berjalan lancar esok.