Best jadi surirumah ..sambungan

Hmm memang best kalau hari-hari dapat mengadap pc, update blog, blogwalking seperti hari ni....

Sementara menunggu waktu anak pulang dari sekolah dan tadika, boleh lah update apa-apa yang patut.

Kalau hari bekerja,memang betul-betul kena cari masa yang sesuai untuk update blog, menunggu semua dah tidur, sekali dengan saya turut terlelap. Terpaksa bangun semula awal pagi , itu pun kalau ada idea boleh la update, kalau tak, sambung tidur jawabnya.

Tadi sebelum Nadhirah ke sekolah kebangsaan, kami berdua makan tengah hari bersama...seronok jugak walau hanya berdua, makan berlaukkan budu...hmmm memang betul-betul makan dua beranak tu....

Kata Nadhirah " kalau hari-hari macam ni, makan nasi dengan budu, mesti best, kan ma?"

Jawab saya " memanglah best tp mama risau kalau mama tak boleh lagi dah nak keluar masuk ikut pintu terpaksa buka sliding tu pulak untuk keluar masuk"....

Tercengang Nadhirah " laa kenapa pulak , ma ? sampai tak boleh nak keluar masuk guna pintu tu?'

Makin mengembang sebab tu tak boleh nak guna pintu tu.

Oooooooo ......panjang oo nya dan lepas tu dia gelak sendiri.

Hmm ni tak bagusnya jadi surirumah, asyik makan makan makan je.

Lepas balik dari hantar Nadhirah, bersantai sorang-sorang baca majalah..hmm bestnya baca sambil baring atas sofa, tak ada sapa yang kacau.

Kejap lagi nak keluar semula , jemput Umar, my superhero yang cengeng.

Petua Untuk Semua

Petua cerahkan kulit muka

Parut lobak merah, air airnya dan sapu pada wajah.

Lakukan dengan kerap untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Petua mengatasi bibir pecah

Sapukan susu sejuk pada bibir. lakukan urutan ringan pada bahagian bibir.
Bilas bersih dengan air.

Petua hilangkan rekahan dan daki

Ambik sebiji betik muda, potong dan ambil getahnya, sapukan pada tempat yang berdaki. 

Bilas dengan air bersih

Petua sembuhkan luka jahitan

Ambik seketul asam jawa dengan sedikit air panas. Biarkan sehingga suam sebelum membasuh tempat luka jahitan. Amalkan setiap kali waktu mandi.

Best kalau jadi surirumah.....

Best kot kalau jadi surirumah sepenuh masa, kan? Tapi apa pun mesti ada duit masuk walaupun jadi surirumah kalau tak, tak patut guna perkataan BEST.

Contoh macam hari ni:

Bangun pagi-pagi, siapkan pakaian sekolah anak, pakaian kerja suami.

Sediakan sarapan walaupun hanya bebola daging goreng dan milo O.

Hantar anak ke sekolah dan tadika.

Ke pasar membeli sayur dan ikan.

Sidai pakaian yang siap dicuci.
Kemas rumah.

Update blog.

Sekejap lagi nak jemput Nadhirah dari sekolah agama.

Lepas tu sediakan makan tengahari.

Hantar Nadhirah ke sekolah kebangsaan.

Jemput Umar dari Tadika.

Mungkin update blog.

Seronok kan.....tapi kalau tak ada duit, memang sengsara la kan , elok-elok kerja tiba-tiba je memilih untuk jadi surirumah.

Saya hanya mampu berangan je, realitinya kenalah kerja hingga usia 55 tahun.

Petua Petua Petua lagi

Petua hilangkan kesan hitam

Jika terdapat kesan hitam pada lutut dan siku, sediakan beberapa helai daun sirih.

Letakkan sedikit kapur dan minyak zaitun pada daun sirih tersebut.

Gosokkan pada lutut dan sikut selama beberapa minit.

Amalkan setiap hari.

InsyaAllah kesan hitan pada lutut dan siku akan beransur pudar.


Petua menghalau tikus.

Ambil beberapa helai daun durian belanda dan letakkan daun tersebut di tempat yang banyak tikus.


Petua mengatasi cirit birit

Kisar daun pucuk jambu batu sehingga lumat dan jadikan air minuman.

Untuk kanak-kanak - minum dua sudu.
Untuk dewasa - minum secawan.


Petua kurangkan bengkak gusi

Tumbuk pucuk daun terung belanda, campurkan sedikit air dan kapur sirih, sapu pada pipi yang bengkak.

Petua KURUSKAN BADAN!

Ni elok untuk dicuba oleh diri sendiri ni....

Kisar 3 inci halia dengan 1/2 cawan air.

Tapis dan perah sebiji limau nipis dan sedikit gula.

Minum setiap malam sebelum tidur.

Cuba selama sebulan secara KONSISTEN untuk dapatkan hasil yang memuaskan.

Selama mencuba!

Khasiat Jagung

Jagung merupakan sumber vitamin B1 yang berperanan dalam proses metabolisme karbohidrat.

Kandungan vitamin B5 yang terdapat di dalam jagung juga membantu funfsi fisiologi manakala folat pula membantu melindungi diri dari serangan pelbagai jenis penyakit.

Jagung juga bagus untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan
Selain vitamin B1, B5 dan folat, jagung juga kaya dengan serat yang memb antu melancarkan sistem percernaan serta mengatasi masalah sembelit.

Jagung mampu menurunkan kadar kolestrol tubuh sekali gus membantu menurunkan risiko kanser usus.

Bagi penghidap diabetes, jagung boleh diamalkan kerana ia mampu menurunkan kadar gula di dalam darah.

Asid folat di dalam jagung dipercayai dapat mencegah kecacatan saraf pada bayi ketika dilahirkan. 

Penghidap anemia juga disarankan mengamalkan memakan jagung.

Pembelajaran Formal Bermula lagi..

Anak-anak dah selamat ke sekolah dan tadika.

Kelas Nadhirah di tingkat 3, wahhhh naik semput mama yang menghantar, anak yang dihantar laju je sampai ke kelas. Termengah-mengah.

Sekejap je kat sekolah si kakak, lagi pun dah darjah 2 , kan? Apa nak tunggu lama-lama sangat. 

Keluar dari sekolah si kakak perlu ke Tadika Naluri Kreatif untuk menghantar si adik, Umar la tu sapa lagi, kan?

Umar adalah seperti biasa. Menangis bila tengok pagar tadika. Dan seperti biasa, tangisan itu tak mengubah apa-apa, mesti kena masuk ke dalam tadika juga dan seperti biasa , saya meninggalkan dia dengan bunyi bingit dia menjerit memanggil MAMA ! MAMA!..

Semoga esok esok esok hari Umar tidak menangis lagi ye bila ke tadika...kata nak jadi Polis tapi cengeng macam tu mana layak jadi Polis.

Semoga Nadhirah dan Umar akan menjadi anak yang berguna kepada Agama,Bangsa dan Negara.

Amin.

Petua Petua Petua 1

Petua kecutkan jerawat

Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air sehingga lumat. Sapu pada kesleuruhan wajah dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.


Petua untuk ubati ketumbit di mata

Ambil bawang putih, cincang dihujungnya dan sapu pada ketumbit tersebut setiap hari.


Petua mengatasi buasir berdarah

Tumbuk atask isar kunyit hidup sebesar ibu jari dan segenggam inai. Kemudian gentel menjadi seperti jamu dan simpan di dalam peti ais. Amalkan makan sebelum tidur.

Petua kempiskan perut ( ni diri sendiri perlu cuba !)

Tumbuk halus 2 genggam lada hitam. Campurkan dengan sebiji ragi,cuka dan air asam jawab.
Gaul sebati, kemudian sapukan pada perut. Lebih elok sekiranya memakai bengkung atau barut selepas menyapu campuran tersebut.

Petua untuk menambah berat badan kanak-kanak

Ambil setengah cawan air nasi yang sedang menggelegak, campurkan dengan sedikit gula. Tunggu sehingga suam dan boleh minum air tersebut.

Bening dan Hening

Saya terjaga tatkala jam berbunyi pada pukul 4.15 pagi..lebih awal sikit daripada biasa. Anak-anak dan suami begitu lena diulit mimpi.

Sempat lagi merenung wajah-wajah yang sedang enak dibuai mimpi sebelum bangkit untuk menggosok baju sekolah ( itu pun punca utama bangun awal hari ni).
Tengok wajah anak-anak terasa cukup damai dan tenang. Polos je muka mereka tapi penuh dengan kedamaian.

Tapi kalau tengok wajah si abah mereka, mesti ada kerut-kerut je he he....(yelah kan,makin dewasa main banyak masalah melanda, mana mampu tunjuk wajah polos).

Turun ke bawah, duduk atas sofa. Eh bila nak start buat kerja ni...mata pun masih lagi terpisat-pisat...bangun ke sliding door, selak sikit kain langsir untuk mengintai keadaan kat luar...itu perkara rutin saya jugak tu, seronok sebenarnya melihat langit di awal pagi macam ni. Hening.

Melangkah naik ke atas, singgah di bilik bacaan..on pc dan belek blog. 

Nampak gayanya baju sekolah kekal tak bergosok lagi ni ...tak apa, pukul  masih sempat gosok.

Sekali lagi berdiri di tingkap dengan menyelak sedikit kain langsir ketika dibilik atas, melihat panorama KL dari kejauhan, hati terasa sayu je..setiap kali melihat begitu terasa sekali betapa Allah itu Maha Besar mencipta seluruh alam ni dengan begitu sempurna sekali.

Satu lagi , saya suka merenung langit ketika awal pagi. Begitu hening dan bening je. 

Kejap lagi hari akan siang, bermula la rutin yang mengejar masa .