Imsonia

Imsonia tu penyakit tak boleh nak tidur,kan?


Saya masih belum tidur tapi tak adalah imsonia cuma mata masih belum mengantuk.


Tadi nak off pc tapi masih belum off.


Sesekali kalau mata tak nak tidur, saya suka baca blog-blog yang menarik untuk di baca, bila mata dah letih mesti cepat terlena.


Agak jarang buat blogwalking kerana mood kurang mengena ..suka-suka nak terjah mana-mana blog yang best, terjah je dan layan baca entry satu persatu. 


Bagus juga berblogging ni, selain dapat meluahkan apa yang kita rasa, dapat menambah kenalan maya dan dapat kutip macam-macam idea dan pengalaman orang lain yang boleh dijadikan sempadan dan tauladan.


Dek kerana esok cuti, mata ni sememangnya degil untuk pejam. Kat luar sana pun masih bising dengan dentuman, mana mata mau pejam dengan kebisingan begini.


Bila dah berusia begini, susah sekali nak pejam kalau suasana hingar bingar, dulu -dulu kepala sentuh bantal je terus zzzzzzzz...


Oklah asyik taip entry yang sama je, balik-balik sukar lena, nanti orang baca pun naik jelak...


chowwww...