Khasiat Lada Hitam

Selain untuk masakan, lada hitam boleh meredakan sakit perut, loya, demam, sakit sendi, sakit kepala, membuang angin dalam badan, meredak cirit birit dan kencing tidak lawas.


Ianya juga boleh menguatkan tenaga batin lelaki.( tumbuk dan campur dengan air suam, minum la)



Terima Kasih Majalah MIDI .

Malam Tiada Bintang

Hujan lebat betul petang tadi, sempat post satu entry sebelum guruh berdentum -dentam ,off pc dan TV,  kami anak beranak baring-baring je menunggu hujan berhenti. Kesudahannya 2 budak kecik tu terlelap, mungkin sampai pagi esok kot.


Sunyi sepi je terasa malam ni, mungkin sebab budak 2 orang tidur terlalu awal, membuatkan saya rasa betul-betul seperti Taman Selayang Mulia ni tak berpenghuni.


Begitulah kan, kalau anak-anak tak tidur, marah-marah suruh tidur , bila dah tidur merungut sorang-sorang sebab sunyi dan sepi. 


Tapi ada baiknya juga depa berdua tu dah lelap, masa yang ditunggu-tunggu untuk blogwalking, baca Majalah MIDI yang masih belum selesai serta menghabiskan novel yang tertangguh sejak berbulan lepas, biasanya novel tak perlu lama untuk dihabiskan tetapi semenjak dua menjak ni terasa sungguh malas sekali untuk mengadap novel.


Novel Bunga Kasih yang dibeli semenjak tahun lepas( dah lupa bulan berapa) masih terletak elok di atas meja, Saya rasa untuk membaca novel hati mesti sentiasa tenang dan lapang, kalau tidak macam mana nak hayati watak dan plot yang begitu berbeza dengan realiti diri si pembaca.


Dari meja PC ni dapat lihat dada langit malam yang kelam, langsung tidak berbintang namun saya tidaklah merasa suram pun sebab hati ria selain dapat update blog, pastinya saya dapat menonton Cerekarama TV3 malam ni dengan aman tanpa gangguan. 


Kesimpulannya, hari ni adalah hari yang betul-betul indah sejak bermula awal pagi hingga sekarang. Syukur padaMu atas KurniaanMu!




Hariku Yang Indah

Tajuk sentiasa dasyat, cerita takat suam-suam kuku..


Hari ni indah sebabnya banyak kerja tapi jadi cepat dan mudah kerana anak dara saya banyak membantu.


Ketika saya ke pasar, dia masih tidur tetapi bila saya pulang dari pasar nampak dia sedang mencuci kasut sekolah dia.


Wahhh dah hati saya berbunga-bunga kerana bukan senang anak kita ni nak buat kerja tanpa disuruh berkali-kali..agaknya malam tadi mimpi indah agaknya anak dara ni..


Saya senyum dan puji sikitlah kerajinan dia hari ni, semoga terus rajin dan bertambah rajin.


Lepas cuci kasut, rajin pulak membersihkan udang, sementara saya menyiang ikan.


Selesai mencuci bersih ikan dan udang, dia tolong mengupas bawang.


Masak sama-sama, menu pun simple je hari ni, ikan goreng, buncis goreng dan masak lemak udang campur kacang panjang.


Siap memasak,mengemas ruang tamu dan dapur bersama. Nadhirah sambung dengan kerja-kerja mengemop lantai.


Saya terus on pc dan update blog sebaik melihat Umar terlentok atas  toto di depan TV.


Line clear sesangat ni...


Ketika saya menaip entry ni, Nadhirah tengah reward diri sendiri atas kerajinan dia hari ni dengan makan lunch lebih awal daripada biasa.




Dhirah bersama Ayah De ketika satu majlis ( tiada kena mengena dengan cerita di atas)