Tebu lembutkan daging

 Caranya : Masukkan tebu yang telah dibuang kulitnya dan dibersihkan ke dalam masakan.Hasilnya bukan saja daging menjadi lembut bahkan rasanya bertambah lazat..

SITI-Hiburan dan Inspirasi

Dua kali menonton rancangan bual bicara bersama SITI, penyanyi pujaan ramai termasuklah saya ni. Rasanya dia agak kaku dan gabra sedikit, mungkin ini pengalaman pertama beliau dalam mengacarakan rancangan bual bicara sendiri.


Saya harap untuk episod seterusnya SITI lebih berkeyakinan dan lebih rileks. Saya tau apa je tugasan untuk SITI mesti beres punya.Dia tidak pernah menghampakan.


Dia seorang yang fokus dan komited , seorang yang naik ke puncak dengan seribu langkah kepayahan bukan naik seperti kek yang dicampur serbuk penaik, bukan kembang terus seperti mee segera dicelup air panas.


Ok, Selamat Maju Jaya untuk SITI