Riadah di Taman Tasik Titiwangsa

Petang tadi selepas solat Asar, kami berempat dengan penuh semangat menuju ke Taman Tasik Titiwangsa.


Konon nak berjogging, sampai sana agak lambat kerana jalan masuk ke tempat parking begitu sesak, kat situ aja lebih setengah jam.


Turun kereta, jalan-jalan je menggelilingi tasik, berpeluh jugak la walaupun bukan berjogging, lagi pun orang yang obes macam saya ni mana sesuai untuk berjogging, doktor sarankan banyakkan berjalan kaki secara pantas.


Umar pulak bila ternampak taman permainan je memang tak ada can la untuk pusing-pusing lagi dah..terus la fokus pada mereka dua beradik tu turun naik panjat sana sini hinggalah mereka sendiri dah mengalah untuk bermain.


Pulang ke rumah, mandi dan 2 beradik tu terus tidur.


Yang masih lagi belum tidur adalah 2 dewasa, sorang keluar minum , sorang mengadap pc update blog.


Kedengaran dari ruang bawah, Umar mengigau, dah 2 malam dia asyik mengigau, mungkin terlalu penat bermain Sabtu dan Ahad.


Eh teringat pulak Umar punya peel, tadi sebelum masuk kereta ketika mau pulang dari taman tasik, dia terpandangkan ada 2 orang dewasa bermain helikopter control, terus dia merengek-rengek "hati terasa nak helikopter je"...mula-mula slow je kata-kata tu, makin lama makin kuat, makin kerap.


Rengekan tu berterusan hingga ke dalam kereta, hingga hampir sampai ke rumah, rasa betul-betul rimas.


Abah dia janjikan untuk beli kereta control tapi bukan sekarang la kena tunggu la. 


Dia ceria dan tersangatlah berpuas hati dengan janji si abah.


Sampai rumah, turun dari kereta, dia bertanya " mana nya kereta remote control yang abah cakap nak beli tu?"


Ahhh mati kalau macam ni, nasib baiklah selepas mandi dan bagi susu, dia terlupa langsng pasal tu tapi rasanya esok mesti dia ingat kembali, budak-budak sentiasa menuntut janji selagi tak dipenuhi.

Kontroversi Nabil Raja Lawak

Saya 4 beranak memang meminati Nabil semenjak dia mula-mula masuk rancangan Raja Lawak. Saban minggu kami setia menunggu depan TV, lawak-lawak dia kelainan dan lebih segar serta membuatkan kita betul-betul terhibur.


Walaupun begitu, kami tidaklah menghabiskan duit untuk mengundi beliau hi hi sekadar penonton je..tapi kami sentiasa mendoakan Nabil jangan lupa daratan atau pun dihinggapi apa-apa kontroversi yang boleh menjatuhkan reputasi beliau. Nampaknya semenjak bergelar juara, satu demi satu kontroversi hinggap padanya.


Siang tadi ada dalam suratkhabar tentang dakwaan dia melarikan diri dari sebuah kelab di Jalan Doraisamy namun beliau menafikan, di dalam rancangan Melodi TV3 turut disiarkan temuramah bersama Nabil tentang perkara ini, sama juga beliau menafikan.


Hanya tuan empunya diri yang tau kebenarannya, harapan peminat semoga lebih berhati-hati dalam apa jua tindakan yang bakal dilakukan. Tersilap langkah boleh merosakkan nama baik dan karier.


 Nabil bukan saja diminati orang dewasa malahan anak-anak kecil pun tau tagline Nabil "Lu pikirla sendiri", jadi harapannya biarlah contoh yang baik ditonjolkan terutamanya kepada kanak-kanak.


Harapanya, dapatlah Nabil kurangkan cerita tentang buah hati, tumpukan dulu kepada karier.
Itu lebih menjamin masa depan dan jangan lupa keluarga yang banyak berjasa.


Sekadar nasihat daripada seorang yang biasa-biasa aja namun ikhlas dari hati.

STOK TERBARU SELIMUT TAMPAL

Stok selimut tampal yang terbaru baru je sampai semalam, masih panas lagi ni...ada pelbagai warna dan corak.


Selimut ni adalah dari jenis cotton, kalau makin kerap dicuci makin sejuuuuukkkk, sesuai juga dijadikan hadiah.


Sesiapa yang rasa nak cuci mata dan nak order, boleh lah ke KEDAI ONLINE KAK AYA

Telur Itik dan Belimbing Buluh

Pagi tadi ke pasar hanya untuk membeli 5 biji telur itik yang berharga RM4.50 , belimbing buluh satu piring kecil Rm1 dan santan Rm2 serta garam Rm1.. Itu tujuan utama sebab menu yang ada di dalam kepala sejak celik mata pagi tadi nak masak lemak telur itik campur belimbing buluh.


Itu je ke beli kat pasar? Macam tak percaya je..


Selain tu ada beli pisang sesikat, RM3...itu pun Umar yang merengek-rengek nak pisang.


Nadhirah memilih belimbing besi dan betik.,RM4


Untuk sarapan 2 beradik tu memilih untuk membeli Laksa Penang, RM 6 untuk 2 bungkus.


Dulu kalau bawak RM20, rasanya agak banyak yang boleh dibeli tapi tengoklah saya membeli hari ni , macam untuk main pondok-pondok je, saya selalu tertanya macam mana saya nak urus perbelanjaan kalau saya ada 6 orang anak macam mak saya ? Rasanya gugur rambut ni satu persatu sebabnya saya kerap garu kepala yang tak gatal kalau terperangkap dalam satu-satu masalah..he he..


Tadi datang idea untuk meniaga kat pasar setiap Sabtu...meniaga apa tu ye?


Berniaga selimut tampal la...ada tanya-tanya pada makcik yang jual sayur, yang sememangnya saya, anak-anak dan makcik sellau terjah untuk dapatkan sayuran kampung setiap minggu.


Dia terangkan:


1. mohon lesen dari MPS ( 120 untuk setahun, sekali bayar je)
2. datang awal-awal pagi hari berniaga untuk dapatkan tapak strategik, sapa datang dulu, dia dapat la tempat yang cantik-cantik.


Kata makcik sayur tu lagi, kalau untuk dapatkan rezeki halal, jangan langsung difikirkan pasal malu dan segan, kita bukan mencuri, bukan buat kerja haram, ini satu daripada usaha penat lelah bukan dapat duit cara mudah dengan menipu sana sini.


Hmmmmm nanti saya fikir-fikirkan.