Ramalanku Benar Belaka

Tadi Nadhirah komplen saya ni kan suka diet yo yo..jadi untuk membuktikan saya adalah menjaga makan, saya mengajak dia mengikut saya ke penimbang berat .


Bila naik je, jarum menunjukkan ke angka yang sama seminggu yang lepas.


Jadi, tak adalah makan banyak lagi dah sebab tak naik pun berat ha ha..


Marah betul Nadhirah, dia cakap sepatutnya kena turunlah berat tu, mama ...bukan kekal sebab mama kan sudah terlebih berat selama ni.


Hari tu doktor dah cakap pada mama, setiap hari mama memikul 3 guni beras yang mana setiap 1 guni seberat 10kg...


Saya hanya mampu tersenyum saja mendengar peringatan Nadhirah tu.


Ramalan sendiri mengatakan kekal gemuk adalah benaaarrr.

Sejuta Impian di TV3

Pagi tadi, HotFM AM Krew memberi peluang pendengar memberi komen untuk topik  “ apakah impian anda untuk aktiviti kemasyarakatan andainya anda diberi peluang?”

Topik ini adalah idea daripada rancangan realii terbaru yang bakal bersiaran di TV3. Rancangan ini adalah hasil usahama antara TV3, Telekom Malaysia Berhad dan Dana 1Malaysia dengan tujuan untuk merealisasikan impian atau hasrat yang ada dalam diri seseorang tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan asalkan berkait rapat dengan pembangunan kemasyarakatan dan memberi perubahan besar dalam kehidupan masyarakat.

Ada beberapa impian atau idea yang diberikan pendengar HotFM. Paling saya rasa betul-betul boleh bawa ke tengah adalah cadangan untuk menyediakan perkhidmatan on call untuk pesakit OKU dan Warga emas. Setiap pesakit OKU atau warga emas yang perlu ke mana-mana hospital untuk mendapatkan rawatan boleh terus buat panggilan ke pusat perkhidmatan ini, pihak tersebut akan datang menjemput pihak yang memerlukan dan menghantar ke hospital dan selepas siap rawatan pihak penyedia perkhidmatan akan datang menjemput pesakit di hospital untuk dihantar pulang ke rumah masing-masing.

Saya sangat setuju dengan idea tersebut, saya pernah melihat jiran sebelah rumah saya ( dah meninggal) bersusah payah untuk ke Hospital Selayang untuk rawatan dialysis 3 kali seminggu dengan dihantar oleh suami dia yang kebetulan seorang OKU. Kalau perkhidmatan tersebut benar-benar wujud, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban pesakit dan juga ahli keluarga terbabit.


Hmm impian saya pula?

Tak ada impian yang betul-betul unik dan lain daripada orang lain buat masa ni.

Bagi yang berminat untuk menyertai program Sejuta Impian boleh datang ke ujibakat yang bakal diadakan di bandar-bandar besar di seluruh Malaysia, untuk keterangan lanjut boleh layari laman web rasmi www.tv3.com.my/sejutaimpian