OBES: buat saya malas....

Memang betul fakta yang mengatakan bila badan besar daripada sepatutnya kita akan jadi malas untuk bergerak dan malas untuk bergaul, malas untuk berjumpa orang, malas untuk berkomunikasi , malas untuk bergaya, malas untuk jadi rajin.


Saya sedang melalui fasa kemalasan itu.


Paling saya malas adalah berjumpa orang-orang sekeliling. Kenapa agaknya ye?


Rasa seperti serba tak kena, seperti diperhatikan atas bawah belakang depan je, jadilah rendah diri.


Padahal, tak sepatutnya saya macam tu, bukan bermakna saya menjadi tidak bernilai langsung andainya saya obes, lagi pun saya kan sedang berusaha separa keras untuk menguruskan badan.


Penurunan sebanyak 0.5 kg hampir kelihatan ( woww tersangat bangga ke nak bagitau penurunan sebanyak tu)..ye sepatutnya saya bangga dan jadikan motivasi untuk turunkan sehingga betul-betul berjaya mendapat berat yang ideal.


Untuk orang-orang sekeliling, jangan la pandang orang yang bersaiz terlebih besar daripada sepatutnya ni dengan pandangan yang semacammmmm je...

Sebab Sudirman

NI sambungan cerita tentang kutip buah pinang untuk beli suratkhabar, KLIK SINI  untuk baca post tu.


Alkisahnya mak saya baru je menelefon saya, katanya dia dapat tau saya bercuti hari ni.


Lepas tanya khabar anak menantu cucu, dia mengenang kembali kisah tu...


"kelmarin ( semalam la tu) 19 tahun doh Sudirman meninggal ye, rasa macam baru lagi kan kita dua orang kutip buah pinang untuk beli suratkhabar, nak baca kisah Sudirman tu"


"yelah,kejap je masa berlalu, kita ni pun dah nak masuk 40 doh sikit hari lagi", kata saya.


" agoknya kalu Sudirman ada lagi mesti Umar pun suka kan dia", balas mak saya lagi.


he he mungkin la kot kalau arwah masih ada Umar pun turut meminati dia.

Lamaran yang ditolak

lamaran sapa pulak ni yang ditolak.?


oleh kerana sedang ralit mendengar HotFM AM Crew, update entry pun mengenai rancangan tu la..


Topik hari ni, lamaran yang ditolak.


Seperti biasa mesti macam-macam cerita boleh didengar, ada juga yang kelakar .


Dulu saya pernah juga menolak lamaran dari seorang yang tidak dikenali , pilihan keluarga la kiranya ni.


Memang kelakar kalau dikenang balik sebabnya mak saya merajuk dengan saya kerana menolak lamaran tersebut, katanya boleh menjamin masa depan sebab lelaki itu lulusan U. (itu je alasan mak untuk merajuk he he)


Ada ke patut saya cakap pada mak, kalau sayang sangat dengan budak tu, kenapa tak terima je lamaran tu untuk diri sendiri?


Ohhh sungguh tak baiknya saya....

Panggilan Hangit

Hari ni saya bercuti tanpa sebab yang kukuh selain malas nak masuk ofis setelah hampir 2 minggu saya tak ada kerja sangat selain buka pintu bilik bos, lampu bilik bos, ambik newspaper bos, ambik surat bos. 


Lain-lain kerja ambil air suam untuk diri sendiri kat pantry untuk mencukupkan jumlah air yang diminum saban hari melebihi  2 Liter. Kalau dah minum air banyak secara automatik juga kekerapan keluar masuk tandas akan berlaku. Itulah aktiviti yang dilakukan sehingga waktu tamat bekerja tiba.


Jadi hari ni, saya nak lari sedikit daripada kebiasaan, duduk rumah pulak segalanya berlawanan dengan keadaan di ofis, tak menang tangan nak buat kerja. Namun begitu saya masih lagi tercongok depan TV layan HotFM AM Crew.


Baru aja selesai diperdengarkan Panggilan Hangit yang dikenakan kepada Prof Izi, sakit perut saya tergelak sorang-sorang mendengarkan Prof terkial-kial menyanyikan lagu-lagu Allahyarham Sudirman..
hmmmm terkena juga ye Prof...tak apalah, sekali sekala untuk menceriakan keadaan.


Plan asal nak ke bank tapi macam malas nak keluar, sarapan pun sekadar meneguk milo je tadi. Satu apa pun tak ada dalam peti ais. Nak pasar lagi le malasnya..


Tengoklah macam mana kejap lagi lepas siap kerja-kerja rutin di dalam rumah baru pikir untuk keluar.