Konsert Jom Heboh di Terengganu

Malam tadi saya menonton konsert ni di TV3 sepenuhnya! Tak pernah menonton konsert Jom Heboh sampai habis sebab banyak sebab he he..selalunya kan kat rumah tu remote control TV adalah hak sepenuhnya Encik Umar Faris, kalau pun tak dipegang oleh beliau, pastinya rancangan berbentuk nyanyian bukan menjadi pilihan untuk ditonton oleh isi rumah yang lain.


Malam tadi berpeluang tengok kerana kami di Tampin, dapatlah saya tengok. Bukan teruja nak tengok persembahan nyanyian punn...sekadar nak tengok telatah 2 pengacara yang saya minati iaitu Ally Iskandar dan FBI apatah lagi telah FBI yang mencuba bercakap dalam loghat Terengganu,loghat ibunda saya....


Tersenyum sendirian jugalah tengok telatah mereka..persembahan nyanyian pun menghiburkan cuma saya lagi suka kalau Meet Uncle Hussien menjemput Black sebagai penyanyi , namun begitu persembahan MUH malam tadi tetap hebat dan menghiburkan.

Mesej Terakhir

Tengok tak  Cerekarama malam minggu lepas? Saya tengok bersama mak mentua. Suami, abah, anak-anak layan Wheel of Fortune dalam komputer.


Mulannya suspens juga la cerita ni tapi lama-lama rasa bosan pulak sebab terlalu mendatar je perjalanan cerita .


Kisah seorang suami yang telah pun 6 bulan menjalin hubungan percintaan dengan seorang janda beranak satu , kisah cinta yang bertukar daripada rasa simpati pada awalnya. Biasalah lelaki,ada duit pulak tu kan..


Apa-apa pun tahniah la untuk Rita Rudaini yang berjaya membawa watak sebagai Marina dengan baik. Agaknya ketika Rita berlakon cerita ni dia betul-betul sedang mengandung dan ketika sedang menghadapi konflik dengan suaminya yang dikhabarkan telah pun berdamai sekarang. 

Episod di Selayang Mulia

Sampai di Selayang Mulia dari Tampin dalam pukul 12.40 tengah malam , terus tidur walapun plan ketika di Tampin nak update blog dulu tapi panggilan tikar bantal adalah perlu diutamakan he he.


Pagi ni bangun pukul 4.30 pagi, terus isi kain baju kotor dalam mesin.Sambil-sambil tu tengok blog. Buku dah siap susun ikut jadual sejak pagi Sabtu, disusun oleh Nadhirah sendiri tapi saya tetap kena check semula kot-kotlah tersilap tengok ke..


2 hari tak update, statitistik pageview alahai betul-betul nyawa ikan ,biasanya kalau ada update bernyawa ala manusia la sikit statistik jumlahnya..


2 hari di Tampin adalah begitu panas dan terik cuacanya tapi menurut kata bibik jiran saya, kat sini tiap petang hujan lebat,baguslah sebab pokok-pokok bunga belakang rumah dapat juga air walaupun tuan rumah tak ada.


Hujan juga telah membersihkan tiles depan rumah ni yang dipenuhi daun-daun pokok bunga tanjung yang saban masa luruh masuk ke dalam pagar rumah saya, patutlah ketika mula sampai tengah malam tadi nampak tiles bersih je, tak kanla bibik sebelah datang sapukan pulak, memanglah tak logik


Syukurlah dengan anugerah Allah, hujan dan panas adalah nikmatNya untuk semua hambanya.

Episod di Tampin

Sabtu dan Ahad lepas puya cerita daaa..


Sampai Tampin pukul 1 petang, terus makan tengah hari, mak masak sambal telur , singgang tenggiri, ikan goreng,pucuk paku goreng cili api dan sirap ais. Slurrrrpppp...


Layan filem hindi sampai petang, mak sediakan karipap goreng yang diorder dari CIK TON dan teh panas untuk hidangan petang. Lepas minum saya  menjadi penonton aksi mak main badminton gilirgilir lawan dengan Umar dan Nadhirah. Cayalaaaa mak mentua ku,tak kusangka pandai main badminton!


Ahadnya, ketika mak sediakan sarapan, saya dan Umar pulak bermain badminton, sarapan kami adalah bihun goreng dan karipap lagiii serta teh panas.


Tengah hari pulak mak masak kari ayam kampung ( ayam belaan sendiri) dan sayur goreng. Sedap!!
Lepas kenyang makan,semua pakat anyam mimpi, bila bangun dah tersedia minum petang, nugget goreng dan teh o panas.


Hmm kalau balik Tampin, aktivitinya adalah makan, tidur dan lepak.


Malamnya lepas layan Konsert JomHeboh bertolak balik ke Selayang , jam 10.40 malam.