Dapat kunci!!!!

Wah macam happy bebenor je!


Dapat kunci rumah ke..?


Sebenarnya hari ni suami bagi kunci kancil, suruh drive sendiri ke ofis, dia naik motorsikal ..tak pasti penyerahan kunci tu untuk tempoh yang lama atau hanya untuk minggu ni je.


Kami ni bekerja di tempat yang sama tapi waktu balik adalah berbeza, waktu pulang untuk saya adalah 5.15, dan suami pada 5.30 namun begitu perlu menunggu dia siapkan beberapa perkara dulu baru dapat balik, biasanya pukul 6 baru balik. Pukul 6.45 baru dapat ambik anak-anakk, selalunya la..

Itu pun tak tentu, macam minggu ni sepatutnya dia macam kena tidur kat ofis je gaya sibuknya he he, ye la macam -macam testing kena buat sebelum sesuatu produk dapat dipasarkan.

Atas sebab itu lah saya diberi lesen untuk pergi dan pulang sendiri. Ketika entry ditaip dia masih belum pulang.


Nampaknya petang ni, segalanya lancar

Keluar ofis 5.15, sampai rumah pukul 6 ..terus jerang nasi ,cuci baju sekolah yang direndam semalam..

Sempat la angkat kain baju yang dah kering,sapu-sapu sikit ruang menonton yang berhabuk dengan makanan.

6.25 keluar semula jemput anak-anak.

6.45 sampai rumah makcik, jenguk orang demam kejap.

Anak-anak makan sekali kat rumah makcik, terliur jugak tengok lauk singgang ikan kembung dan budu sertaulam timun batang. Tapi saya tak dapat makan, tonsil belum betul-betul sembuh lagi.

7.15 balik rumah, panaskan lauk yang telah dibeli di FoodCourt tengahari tadi..sementara anak-anak sibuk nak mandi.

Pukul 8 kami dah baring-baring tengok TVbertiga.

Untuk esok dan hari-hari seterusnya , semoga sama macam hari ni jugak.