Cerekarama Berkalung Noda

Ada terbaca dalam Harian Metro, 2 hari lepas kot ..kisah cerekarama TV3 yang akan disiarkan Sabtu nanti, tajuknya Berkalung Noda.


Melihat sinopsisnya agak menarik jalan cerita.


Mengisahkan Karina(Fasha Sandha) hidup dalam kemewahan tapi berasa sunyi kerana suaminya, Azrai(Roy Azman), jurutera eksplorasi petroleum dan gas, sering bertugas di luar Negara. Mereka dikurniakan dua anak, Yasmin dan Azmi, masing-masing berusia 7 dan 8 tahun yang dijaga pembantu rumah.


Sekalipun hidupnya dilimpahi kemewahan, Karina tetap berasa hidupnya kosong. Ketika itulah, dia sering bersosial dan akhirnya bertemu dengan Jay, lelaki playboy dan sudah beristeri untuk mengisi kekosongan hidupnya. Jay pula sebenarnya suka mengikis duit perempuan untuk menambat hati isterinya, Tina.


Untuk mengetahui keseluruhan cerita ini,jangan lupa tengok Cerekarama TV3 ,10 malam, Sabtu nanti ye...