Di tepi pantai Telipot

Masih lagi terkenangkan kampung halaman..


Saya rindukan ABC, keropok lekor, ikan celup tepung, udang celup tepung, makan tepi pantai Telipot, angin petang menderu-deru, pokok kelapa berbaris meliuk lintuk disapa angin.


Pagi-pagi buta macam ni boleh terkenangkan semua itu.


Tadi tengok FB adik saya, dia baru je balik kampung minggu lepas, ada kenduri kawin anak jiran sebelah rumah saya, tengok gambar-gambar adik saya ambik angin tepi pantai Telipot terus terasa seperti nak balik ke Terengganu jugak.


Ni gambar yang saya copy daripada FB adik saya,


Mau tak terliur tengok .....

Apa faedahnya suka sangat baca novel?


“cuba la baca buku-buku ilmiah tu, ada juga faedahnya”

Pernah tak dengar orang ungkapkan ayat tersebut pada anda pencinta novel?

Sebenarnya, novel ni macam blog juga, satu terapi untuk saya. Tapi tak semestinya orang lain pun mesti satu rasa dengan saya.

Di dalam novel banyak kita boleh jumpa ayat-ayat motivasi, jalan petunjuk untuk keluar daripada sesuatu masalah malah ada waktunya membantu saya memotivasikan diri.

Kalau mengambil contoh novel-novel tulisan  Norhayati Berahim dan Hlovate banyak sungguh potongan-potongan terjemahan Ayat Al-Quran yang akan kita temui dan diberi penerangan yang bersesuaian dengan jalan cerita di dalam novel tersebut, bermacam-macam contoh kebaikan, pengajaran yang secara tidak langsung melekat di dalam minda kita.

Selalu orang bayangkan, membaca novel sekadar untuk mengikuti kisah cinta yang boleh mengkhayalkan , itu terpulang kepada kebijaksaan kita dalam memilih tema sesebuah cerita dan bergantung kepada penulis.Sekiranya kita sudah biasa dengan hasil tulisan seseorang penulis tu kita memang akan dapat rasa apa yang beliau ingin sampaikan di dalam setiap novel beliau.

Sama seperti blog, saya suka untukkan waktu khas yang mana mungkin waktu tidur saya untuk habiskan bacaan.

Maklumlah kalau waktu-waktu jaga, memang agak susah nak fokus pada pembacaan.

Belum buka pembalut pun lagi...


Slownya Nuff Earning bergerak...........

Kalau dah malas update blog, entry pun sekadar untuk mencukupkan syarat update je, memanglah slow pergerakannya, Puan Rohaya oiii..


Nampaknya kena buat-buat tak tau aja dengan nuffnang earning, kalau kita asyik nak check je earning, memang akan rasa tertekan pulak.


Kembali la kepada niat asal anda berblogging , Puan Rohaya...


Konon nak releasekan tension, eratkan silaturrahim sesama kawan maya, alih-alih dah sibuk tentang duit nuffnang pulak.


Ok lah, tak nak fikir lagi dah ( untuk saat ni je)..


Biasanya nuffnang earning akan diupdate setiap minggu atau macam mana? Sebab teman tengok teman punya keras kaku kat situ je dah lebih seminggu, jadi nak tau jugak bila waktu earning tu akan diupdate.


Ada tak sesapa tau? Mungkin ada orang lain nak tau jugak...

Mood kejap ada, kejap tak ada

Ada kalanya bersemangat sekali update blog, blogwalking, sana-sini dapatkan tips untuk naikan traffic tapi ada waktunya pula nak jenguk blog pun rasa lemah sekali.
Muka bosan..
Tak tau la virus apa datang melanda, mungkin kerana beberapa hari ni , tiada sebarang kerja selain tugas-tugas kecil seperti buka lampu dan pintu bilik bos, ambilkan suratkhabar dan surat untuk bos. Selebihnya saya banyak goyang kaki, sedikit sebanyak ianya memberi tekanan kepada diri saya sendiri. Paling tidak pun sekadar menyusun dokumen-dokumen di dalam file.


Beginilah keadaan saya pada waktu-waktu tertentu, menunggu kerja sampai berkematu rasanya , sekali datang kerja memang siap tapau kerja bawa balik rumah.


Esok pastinya situasi yang sama akan saya lalui memandangkan pegawai saya akan bercuti hingga 31/3/2011.


Semalam sudah saya tanyakan, tiada sebarang kerja untuk saya sebelum bercuti,katanya tak ada dan cuba baca apa-apa document yang mungkin boleh menambahkan pengetahuan. 


Hmmmmm bukanlah merungut sekadar luahan cuma..


Beryukurlah..... masih ramai orang yang masih mencari kerja.

Review Novel Dhiya Zafira- Hati Bergetar Rindu

Sekarang mood untuk kemaskini blog memang merudum, perlukan mencuba terapi yang lain untuk pulihkan kembali mood ,baru dapat post banyak entry yang menarik.


Novel yang seterusnya akan dimulakan proses pembacaan adalah Hati Bergetar Rindu, kata kawan yang telah pun selesai membacanya, memang 5 Bintang patut diberikan kepada novel ni, sama seperti Jauh Kau Pergi.


Novel NB - Dari Kerana Mata

Saya baru selesai membaca novel ni, memang tak rugi membeli dan meluangkan masa untuk membaca.


Sarat dengan mesej kasih sayang dan cinta.


CINTA secara menyeluruh bukan sekadar antara pasangan kekasih.


Banyak pengajaran yang boleh dikutip daripada novel ini.


Konsert Mentor Kumpulan B

Last entry sebelum mengadap TV, nak tengok konsert Mentor..tak adalah  minat sangat rancangan tu , cuma menunggu untuk melihat penyanyi jemputan iaitu peserta ujibakat mentor yang tak terpilih tetapi diberi peluang untuk beraksi ketika Konsert Mentor.

Persembahan mereka lebih menghiburkan berbanding peserta sebenar dibawah bimbingan Mentor. Mungkin kerana mereka begitu menghargai peluang yang diberikan.Yelah bukan senang nak muncul dikonsert begitu .

Oklah Konsert dah start, team members dan team leader dah menjerit suruh turun..



Padan muka saya,kan?

Tadi bukan main seronok nak keluar buang angin, langsung terlupa kain baju yang cantik tersidai diampaian depan rumah jua belakang rumah.


Kami keluar ke Giant, suami nak ke kedai handphone. Biarkan anak-anak main kat tempat permainan tu kejap. Disebabkan terlalu ramai budak-budak yang main kat situ, anak-anak saya mengalah dan ajak keluar.


Umar yang berseluar paras lutut tu..


Suami a.k.a team leader cadangkan agar kami makan kat luar dan dia nak bawak kat tempat yang kami belum pernah makan sebelum ni, berbunga-bunga hati dengar nak makan tempat baru.


Rupanya dia bawak kami ke Restoran Ayam Penyet AP di Sri Gombak,memang kami tak pernah makan di daerah tu, kami ni paling jauh pun takat Bandar Baru Selayang je he he.


Ok, makanan kat situ best, lebih kepada masakan Minang, ada ambik banyak gambar tapi satu ni je yang berjaya upload.

Kami order:

Jus mango( saya), Jus lemon (Nadhirah), ABC ice cream( Umar), Jus Green Apple ( suami)
Nasi putih 4, Ayam penyet 2 set, Udang Penyet 1 set, Sup Sayur Masam 1.



Makan sampai licin, elok je nak balik, tanpa signal hujan turun selebat-lebatnya.


Apa nak dikatakan lagi, memang dah salah sendiri, sah-sah kain tu basah kalau macam tu caranya hujan .


Syukurlah hujan di sekitar Selayang Mulia hanya renyai-renyai je, kain tak basah sangat, sekadar lembap sikit je.Bawak masuk dalam rumah, berkipas la sepanjang malam ni .


Cuma kasut Nadhirah la yang extra basah sikit sebab terletak di bawah tempat tadahan air hujan.

Rahsia Barli

Bali ni merupakan bijirin yang banyak khasiatnya yang sentiasa dimakan oleh Rasulullah S.A.W. Sebagai contoh, Rasulullah kerap memakan roti yang diperbuat daripada tepung barli yang tidak diayak.


Barli ada serat tinggi.


Barli adalah serat terbaik.


Barli efektif untuk merendahkah tahap kolestrol.


Barli mampu mencegah buasir dan anser usus besar


Barli juga pembersih ginjal


Air barli dapat mengurangkan risiko penyakit kencing manis,menyejukkan badan dan memelihara buah pinggang

Bijirin barli boleh membantu menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan.

Daun pokok barli juga mempunyai khasiat tinggi, mengandung banyak vitamin, mineral, protein dan klorofil.


Jus daun barli boleh merendahkan kolestrol.

Novel Jauh Kau Pergi

Malam ni hujan, TV tak ada siaran, anak dah merengek nak main games, senak perut ni bila saat kita nak guna PC ada orang lain yang memang tidak akan mengalah sama sekali dengan kita untuk sama-sama menggunakan PC.


Sebelum lepaskan PC ini ke tangan anakku, UMAR FARIS, izinkan lah mama nak tinggalkan satu entry.


Saya akan mengulangbaca novel Jauh Kau Pergi, tulisan Dhiya Zafira sementara semua sumber hiburan terhenti seketika ( TV dan Internet)


Saya suka sangat dengan watak Kapten Hayyan Rifqi di dalam novel ini yang berpasangan dengan Afiqah Najwa. 


Tak sabar menunggu sambungan novel ini yang akan menumpukan kepada watak Kapten Jimmy. Cepat sikit Dhiya, siapkan novel ni ....


Nak tau apa kisah yang dipaparkan di dalam novel Jauh Kau Pergi ini,dapatkan satu ye,  boleh cari kat kedai buku berhampiran.

Nampak ganas..tapi takut lipas

Umar, anak lelaki saya tu memang la kalau nampak macam ganas je...dia memang tak takut sesiapa kecuali POLIS...itu memang dia takut sebab polis boleh tangkap orang dan sumbat ke dalam penjara. Ada logik la kan dia takut polis.


Kalau mama dia takut gila dengan anjing, Umar pulak langsung tak kisah, pernah dia nak menerkam ke arah anjing yang memang pun macam nak terkam dia juga..Mama yang penakut ni macam menggigil lutut, tak kan nak lari selamatkan diri tinggalkan anak,tak patut betul tu ..


Rupanya ada satu lagi yang boleh buat dia takut iaitu lipas! ha ha memang tak sangka betul dia takutkan lipas, 2 hari lepas dia ternampak lipas dalam bilik air, terus dia ban kan diri dia daripada memasuki bilik air..ada ke patut dia kejutkan saya untuk buang air tapi tak nak masuk tandas, nak buang kat longkang belakang rumah, dah le pukul 2 pagi...sabar je la..terkepit-kepit dia menahan diri dan sambil menangis takutkan lipas pulak tu.


Semalam abah dia temankan dia masuk bilik air, konon sama-sama nak pastikan yang tiada seekor lipas lagi dah kat dalam tu, nampaknya dia puas hati. Sekarang ni asal nak masuk bilik air je, dia akan tolak pintu bilik air slow-slow (macam polis nak tangkap penjahat dalam bilik he he), dia dah pasti tiada lipas baru masuk.


Umar...Umar....


Umar tengah tunjuk muka jahat dan sedang marah, katanya...


Jom pekena rendang ayam kampung

Hmm baru siap masak, janji semalam nak masak rendang ayam kampung tapi disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak dijangka, janji itu hanya dapat ditunaikan hari ni.


Pagi-pagi tadi dah mula masak sebab kejap lai suami nak pergi ofis , kena siapkan kerja, lepas tu ada pertandingan bola padang. Kalau dah siap masak sempatlah suami makan dulu sebelum keluar.


Ayam kampung ni dapat daripada mak mentua saya, dia memang ada bela banyak jugaklah ayam kampung, ayam api, ayam serama, itik sekati dan angsa.


Selalunya kalau balik Tampin memang kami akan makan yang terbaik dari ladang aja ....telur ayam kampung, sayuran yang ditanam kat belakang rumah, cili api ada,cili merah ada, limau purut,limau kasturi dan limau nipis pun ada.


Balik hari t, mak bekalkan 2 ekor ayam kampung yang dah siap dilayur atas api, terpulanglah balik KL nak masak apa, dah selalu sangat masak kari, kali ni pilih untuk masak rendang pulak.


Untung kan kalau semua ada belakang rumah je, tak payah keluar banyak duit untuk ke pasar tapi kata abah mentua saya, makanan ayam pun boleh tahan jugak mahalnya sekarang ni tapi disebabkan minat, itu semua pejam mata je laaa...

Mr Bean

Kenapa budak-budak suka bebenor la tengok cerita Mr Bean? Tak kiralah Mr Bean kartun atau pun yang betul-betul Mr Bean..


Saya ni dah siap nak keluar ke pasar tapi anak-anak pulak yang masih setia tak berganjak atas sofa tu...cerita tu adalah cerita yang mereka sendiri boleh hafal setiap jalan cerita, pendek kata kalau suruh baca skrip,satu persatu akan keluar daripada mulut budak berdua ni.


Mungkin satu kebaikannya adalah menyumbang idea untuk  satu entry sebelum bergerak ke pasar.


Terima kasih le Mr Bean.!

Tersentuh hati

Tiada apa yang dapat diucapkan selain 'terimakasih dan syukur yang amat sangat' untuk insan yang tidak pernah bersua tiba-tiba menghulurkan tangan untuk membantu di saat kita betul-betul memerlukan. Apatah lagi pertolongan itu amatlah besar ertinya.


Perasaan yang sukar nak digambarkan dengan kata-kata, hanya hati dapat merasakannya..


Ya Allah kau berkatilah perjalanan hidup temanku itu.


Terima kasih untuk insan yang begitu ikhlas membantu sekali pun "saling tidak mengenali"!

Salah ke menjadi orang KETIGA?

haa ni topik kat HotFM AM Crew pagi ni..


pagi-pagi dengan topik hangat, memanglah akan jadi lebih hangat daripada biasa..


kisah bermula dengan seorang pemanggil yang ceria je bagitau dia tu adalah isteri kepada seorang suami dan kekasih kepada seorang suami orang.


Hmm lepas tu bertalu-talu la dapat komen daripada pendengar..


Ada pemanggil yang cakap 'cuba ingat balik kisah cerekarama minggu lepas , Fasha Sandha ada skandal dengan suami orang lepas tu jadi gila, Puan nak jadi gila macam tu ke"?




Hmmmmm no komen...yang pasti saya bukan orang ketiga hi hi.

Terkenangkan anak dara....

Susah jugak nak lena malam ni sebab ni kali pertama melepaskan Nadhirah bersama dengan guru dan kawan-kawan tanpa ditemani oleh ahli keluarga.

Biasalah risau seorang ibu terhadap seorang anak, hanya ibu yang akan memahami hati seorang ibu.

Ni kat rumah Ucu, masa mula-mula pindah hari tu...
Ni tengah baca Ana Muslim kat rumah
Ralit menonton TV
Main games...
Suka buat muka macam tu....

Fasha Sandha dalam Berkalung Noda

Baru je abis tengok cerekarama di TV3, best la cerita malam ni, saya rasa Fasha Sandha berjaya membawa watak dia dengan baik.


Walaupun saya tak la minat dia sangat tapi setiap lakonan dia saya tonton sebab selalunya tak mengecewakan cuma peribadi dia je yang agak mengecewakan sikit.


Saya rasa Fasha Sandha ni seorang pelakon yang betul-betul komited dengan kerjaya beliau sebab tu la walaupun di kutuk macam mana pun, ada je muka di kat TV.


Mungkin kita boleh bagi pujian kat dia sebab tak pernah jemu dengan kerjaya dia,kita yang kerja ofis ni asyik-asyik malassssss je.Padahal tak lah seteruk kerja berlakon tu.


Ehh macam puji-puji Fasha pulak, tak adalah sebenarnya mana yang baik tu kita boleh ambik jadikan teladan jugak tak kira siapa pun dia, mana yang tak elok tu jadikanlah sempadan.


Apa-apa pun syabas untuk Fasha, sebab saya betul-betul suka dengan cerita tadi. Jangan buat skandal ,jauhi zina,hargai keluarga anda!

Cerekarama Berkalung Noda

Ada terbaca dalam Harian Metro, 2 hari lepas kot ..kisah cerekarama TV3 yang akan disiarkan Sabtu nanti, tajuknya Berkalung Noda.


Melihat sinopsisnya agak menarik jalan cerita.


Mengisahkan Karina(Fasha Sandha) hidup dalam kemewahan tapi berasa sunyi kerana suaminya, Azrai(Roy Azman), jurutera eksplorasi petroleum dan gas, sering bertugas di luar Negara. Mereka dikurniakan dua anak, Yasmin dan Azmi, masing-masing berusia 7 dan 8 tahun yang dijaga pembantu rumah.


Sekalipun hidupnya dilimpahi kemewahan, Karina tetap berasa hidupnya kosong. Ketika itulah, dia sering bersosial dan akhirnya bertemu dengan Jay, lelaki playboy dan sudah beristeri untuk mengisi kekosongan hidupnya. Jay pula sebenarnya suka mengikis duit perempuan untuk menambat hati isterinya, Tina.


Untuk mengetahui keseluruhan cerita ini,jangan lupa tengok Cerekarama TV3 ,10 malam, Sabtu nanti ye...

Dapat kunci!!!!

Wah macam happy bebenor je!


Dapat kunci rumah ke..?


Sebenarnya hari ni suami bagi kunci kancil, suruh drive sendiri ke ofis, dia naik motorsikal ..tak pasti penyerahan kunci tu untuk tempoh yang lama atau hanya untuk minggu ni je.


Kami ni bekerja di tempat yang sama tapi waktu balik adalah berbeza, waktu pulang untuk saya adalah 5.15, dan suami pada 5.30 namun begitu perlu menunggu dia siapkan beberapa perkara dulu baru dapat balik, biasanya pukul 6 baru balik. Pukul 6.45 baru dapat ambik anak-anakk, selalunya la..

Itu pun tak tentu, macam minggu ni sepatutnya dia macam kena tidur kat ofis je gaya sibuknya he he, ye la macam -macam testing kena buat sebelum sesuatu produk dapat dipasarkan.

Atas sebab itu lah saya diberi lesen untuk pergi dan pulang sendiri. Ketika entry ditaip dia masih belum pulang.


Nampaknya petang ni, segalanya lancar

Keluar ofis 5.15, sampai rumah pukul 6 ..terus jerang nasi ,cuci baju sekolah yang direndam semalam..

Sempat la angkat kain baju yang dah kering,sapu-sapu sikit ruang menonton yang berhabuk dengan makanan.

6.25 keluar semula jemput anak-anak.

6.45 sampai rumah makcik, jenguk orang demam kejap.

Anak-anak makan sekali kat rumah makcik, terliur jugak tengok lauk singgang ikan kembung dan budu sertaulam timun batang. Tapi saya tak dapat makan, tonsil belum betul-betul sembuh lagi.

7.15 balik rumah, panaskan lauk yang telah dibeli di FoodCourt tengahari tadi..sementara anak-anak sibuk nak mandi.

Pukul 8 kami dah baring-baring tengok TVbertiga.

Untuk esok dan hari-hari seterusnya , semoga sama macam hari ni jugak.