Novel Jauh Kau Pergi

Malam ni hujan, TV tak ada siaran, anak dah merengek nak main games, senak perut ni bila saat kita nak guna PC ada orang lain yang memang tidak akan mengalah sama sekali dengan kita untuk sama-sama menggunakan PC.


Sebelum lepaskan PC ini ke tangan anakku, UMAR FARIS, izinkan lah mama nak tinggalkan satu entry.


Saya akan mengulangbaca novel Jauh Kau Pergi, tulisan Dhiya Zafira sementara semua sumber hiburan terhenti seketika ( TV dan Internet)


Saya suka sangat dengan watak Kapten Hayyan Rifqi di dalam novel ini yang berpasangan dengan Afiqah Najwa. 


Tak sabar menunggu sambungan novel ini yang akan menumpukan kepada watak Kapten Jimmy. Cepat sikit Dhiya, siapkan novel ni ....


Nak tau apa kisah yang dipaparkan di dalam novel Jauh Kau Pergi ini,dapatkan satu ye,  boleh cari kat kedai buku berhampiran.

Nampak ganas..tapi takut lipas

Umar, anak lelaki saya tu memang la kalau nampak macam ganas je...dia memang tak takut sesiapa kecuali POLIS...itu memang dia takut sebab polis boleh tangkap orang dan sumbat ke dalam penjara. Ada logik la kan dia takut polis.


Kalau mama dia takut gila dengan anjing, Umar pulak langsung tak kisah, pernah dia nak menerkam ke arah anjing yang memang pun macam nak terkam dia juga..Mama yang penakut ni macam menggigil lutut, tak kan nak lari selamatkan diri tinggalkan anak,tak patut betul tu ..


Rupanya ada satu lagi yang boleh buat dia takut iaitu lipas! ha ha memang tak sangka betul dia takutkan lipas, 2 hari lepas dia ternampak lipas dalam bilik air, terus dia ban kan diri dia daripada memasuki bilik air..ada ke patut dia kejutkan saya untuk buang air tapi tak nak masuk tandas, nak buang kat longkang belakang rumah, dah le pukul 2 pagi...sabar je la..terkepit-kepit dia menahan diri dan sambil menangis takutkan lipas pulak tu.


Semalam abah dia temankan dia masuk bilik air, konon sama-sama nak pastikan yang tiada seekor lipas lagi dah kat dalam tu, nampaknya dia puas hati. Sekarang ni asal nak masuk bilik air je, dia akan tolak pintu bilik air slow-slow (macam polis nak tangkap penjahat dalam bilik he he), dia dah pasti tiada lipas baru masuk.


Umar...Umar....


Umar tengah tunjuk muka jahat dan sedang marah, katanya...


Jom pekena rendang ayam kampung

Hmm baru siap masak, janji semalam nak masak rendang ayam kampung tapi disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak dijangka, janji itu hanya dapat ditunaikan hari ni.


Pagi-pagi tadi dah mula masak sebab kejap lai suami nak pergi ofis , kena siapkan kerja, lepas tu ada pertandingan bola padang. Kalau dah siap masak sempatlah suami makan dulu sebelum keluar.


Ayam kampung ni dapat daripada mak mentua saya, dia memang ada bela banyak jugaklah ayam kampung, ayam api, ayam serama, itik sekati dan angsa.


Selalunya kalau balik Tampin memang kami akan makan yang terbaik dari ladang aja ....telur ayam kampung, sayuran yang ditanam kat belakang rumah, cili api ada,cili merah ada, limau purut,limau kasturi dan limau nipis pun ada.


Balik hari t, mak bekalkan 2 ekor ayam kampung yang dah siap dilayur atas api, terpulanglah balik KL nak masak apa, dah selalu sangat masak kari, kali ni pilih untuk masak rendang pulak.


Untung kan kalau semua ada belakang rumah je, tak payah keluar banyak duit untuk ke pasar tapi kata abah mentua saya, makanan ayam pun boleh tahan jugak mahalnya sekarang ni tapi disebabkan minat, itu semua pejam mata je laaa...