Konsert Mentor Kumpulan B

Last entry sebelum mengadap TV, nak tengok konsert Mentor..tak adalah  minat sangat rancangan tu , cuma menunggu untuk melihat penyanyi jemputan iaitu peserta ujibakat mentor yang tak terpilih tetapi diberi peluang untuk beraksi ketika Konsert Mentor.

Persembahan mereka lebih menghiburkan berbanding peserta sebenar dibawah bimbingan Mentor. Mungkin kerana mereka begitu menghargai peluang yang diberikan.Yelah bukan senang nak muncul dikonsert begitu .

Oklah Konsert dah start, team members dan team leader dah menjerit suruh turun..



Padan muka saya,kan?

Tadi bukan main seronok nak keluar buang angin, langsung terlupa kain baju yang cantik tersidai diampaian depan rumah jua belakang rumah.


Kami keluar ke Giant, suami nak ke kedai handphone. Biarkan anak-anak main kat tempat permainan tu kejap. Disebabkan terlalu ramai budak-budak yang main kat situ, anak-anak saya mengalah dan ajak keluar.


Umar yang berseluar paras lutut tu..


Suami a.k.a team leader cadangkan agar kami makan kat luar dan dia nak bawak kat tempat yang kami belum pernah makan sebelum ni, berbunga-bunga hati dengar nak makan tempat baru.


Rupanya dia bawak kami ke Restoran Ayam Penyet AP di Sri Gombak,memang kami tak pernah makan di daerah tu, kami ni paling jauh pun takat Bandar Baru Selayang je he he.


Ok, makanan kat situ best, lebih kepada masakan Minang, ada ambik banyak gambar tapi satu ni je yang berjaya upload.

Kami order:

Jus mango( saya), Jus lemon (Nadhirah), ABC ice cream( Umar), Jus Green Apple ( suami)
Nasi putih 4, Ayam penyet 2 set, Udang Penyet 1 set, Sup Sayur Masam 1.



Makan sampai licin, elok je nak balik, tanpa signal hujan turun selebat-lebatnya.


Apa nak dikatakan lagi, memang dah salah sendiri, sah-sah kain tu basah kalau macam tu caranya hujan .


Syukurlah hujan di sekitar Selayang Mulia hanya renyai-renyai je, kain tak basah sangat, sekadar lembap sikit je.Bawak masuk dalam rumah, berkipas la sepanjang malam ni .


Cuma kasut Nadhirah la yang extra basah sikit sebab terletak di bawah tempat tadahan air hujan.

Rahsia Barli

Bali ni merupakan bijirin yang banyak khasiatnya yang sentiasa dimakan oleh Rasulullah S.A.W. Sebagai contoh, Rasulullah kerap memakan roti yang diperbuat daripada tepung barli yang tidak diayak.


Barli ada serat tinggi.


Barli adalah serat terbaik.


Barli efektif untuk merendahkah tahap kolestrol.


Barli mampu mencegah buasir dan anser usus besar


Barli juga pembersih ginjal


Air barli dapat mengurangkan risiko penyakit kencing manis,menyejukkan badan dan memelihara buah pinggang

Bijirin barli boleh membantu menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan.

Daun pokok barli juga mempunyai khasiat tinggi, mengandung banyak vitamin, mineral, protein dan klorofil.


Jus daun barli boleh merendahkan kolestrol.