Slownya Nuff Earning bergerak...........

Kalau dah malas update blog, entry pun sekadar untuk mencukupkan syarat update je, memanglah slow pergerakannya, Puan Rohaya oiii..


Nampaknya kena buat-buat tak tau aja dengan nuffnang earning, kalau kita asyik nak check je earning, memang akan rasa tertekan pulak.


Kembali la kepada niat asal anda berblogging , Puan Rohaya...


Konon nak releasekan tension, eratkan silaturrahim sesama kawan maya, alih-alih dah sibuk tentang duit nuffnang pulak.


Ok lah, tak nak fikir lagi dah ( untuk saat ni je)..


Biasanya nuffnang earning akan diupdate setiap minggu atau macam mana? Sebab teman tengok teman punya keras kaku kat situ je dah lebih seminggu, jadi nak tau jugak bila waktu earning tu akan diupdate.


Ada tak sesapa tau? Mungkin ada orang lain nak tau jugak...

Mood kejap ada, kejap tak ada

Ada kalanya bersemangat sekali update blog, blogwalking, sana-sini dapatkan tips untuk naikan traffic tapi ada waktunya pula nak jenguk blog pun rasa lemah sekali.
Muka bosan..
Tak tau la virus apa datang melanda, mungkin kerana beberapa hari ni , tiada sebarang kerja selain tugas-tugas kecil seperti buka lampu dan pintu bilik bos, ambilkan suratkhabar dan surat untuk bos. Selebihnya saya banyak goyang kaki, sedikit sebanyak ianya memberi tekanan kepada diri saya sendiri. Paling tidak pun sekadar menyusun dokumen-dokumen di dalam file.


Beginilah keadaan saya pada waktu-waktu tertentu, menunggu kerja sampai berkematu rasanya , sekali datang kerja memang siap tapau kerja bawa balik rumah.


Esok pastinya situasi yang sama akan saya lalui memandangkan pegawai saya akan bercuti hingga 31/3/2011.


Semalam sudah saya tanyakan, tiada sebarang kerja untuk saya sebelum bercuti,katanya tak ada dan cuba baca apa-apa document yang mungkin boleh menambahkan pengetahuan. 


Hmmmmm bukanlah merungut sekadar luahan cuma..


Beryukurlah..... masih ramai orang yang masih mencari kerja.

Review Novel Dhiya Zafira- Hati Bergetar Rindu

Sekarang mood untuk kemaskini blog memang merudum, perlukan mencuba terapi yang lain untuk pulihkan kembali mood ,baru dapat post banyak entry yang menarik.


Novel yang seterusnya akan dimulakan proses pembacaan adalah Hati Bergetar Rindu, kata kawan yang telah pun selesai membacanya, memang 5 Bintang patut diberikan kepada novel ni, sama seperti Jauh Kau Pergi.


Novel NB - Dari Kerana Mata

Saya baru selesai membaca novel ni, memang tak rugi membeli dan meluangkan masa untuk membaca.


Sarat dengan mesej kasih sayang dan cinta.


CINTA secara menyeluruh bukan sekadar antara pasangan kekasih.


Banyak pengajaran yang boleh dikutip daripada novel ini.