Apa faedahnya suka sangat baca novel?


“cuba la baca buku-buku ilmiah tu, ada juga faedahnya”

Pernah tak dengar orang ungkapkan ayat tersebut pada anda pencinta novel?

Sebenarnya, novel ni macam blog juga, satu terapi untuk saya. Tapi tak semestinya orang lain pun mesti satu rasa dengan saya.

Di dalam novel banyak kita boleh jumpa ayat-ayat motivasi, jalan petunjuk untuk keluar daripada sesuatu masalah malah ada waktunya membantu saya memotivasikan diri.

Kalau mengambil contoh novel-novel tulisan  Norhayati Berahim dan Hlovate banyak sungguh potongan-potongan terjemahan Ayat Al-Quran yang akan kita temui dan diberi penerangan yang bersesuaian dengan jalan cerita di dalam novel tersebut, bermacam-macam contoh kebaikan, pengajaran yang secara tidak langsung melekat di dalam minda kita.

Selalu orang bayangkan, membaca novel sekadar untuk mengikuti kisah cinta yang boleh mengkhayalkan , itu terpulang kepada kebijaksaan kita dalam memilih tema sesebuah cerita dan bergantung kepada penulis.Sekiranya kita sudah biasa dengan hasil tulisan seseorang penulis tu kita memang akan dapat rasa apa yang beliau ingin sampaikan di dalam setiap novel beliau.

Sama seperti blog, saya suka untukkan waktu khas yang mana mungkin waktu tidur saya untuk habiskan bacaan.

Maklumlah kalau waktu-waktu jaga, memang agak susah nak fokus pada pembacaan.

Belum buka pembalut pun lagi...