Di tepi pantai Telipot

Masih lagi terkenangkan kampung halaman..


Saya rindukan ABC, keropok lekor, ikan celup tepung, udang celup tepung, makan tepi pantai Telipot, angin petang menderu-deru, pokok kelapa berbaris meliuk lintuk disapa angin.


Pagi-pagi buta macam ni boleh terkenangkan semua itu.


Tadi tengok FB adik saya, dia baru je balik kampung minggu lepas, ada kenduri kawin anak jiran sebelah rumah saya, tengok gambar-gambar adik saya ambik angin tepi pantai Telipot terus terasa seperti nak balik ke Terengganu jugak.


Ni gambar yang saya copy daripada FB adik saya,


Mau tak terliur tengok .....