Oh seksanya bila...

....tiap kali batuk, terasa nak pecah di dalam dada.


...selang beberapa minit mesti buang kahak.


...tiap kali batuk, ku pasti terkucil !

Program Susu 1Malaysia

Semalam pulang je dari sekolah, Nadhirah terus tunjukkan borang program susu  1Malaysia.

"Mesti isi dan pulangkan esok tau, mama". Pesan anak dara saya tu.

Program ni macam kita dulu-dulu agaknya, agaknya salah satu cara untuk mengatasi masalah kanak-kanak obes.

Tapi sayangnya Nadhirah tak sukakan susu, apa-apa jenis minuman atau makanan yang ada rasa susu semuanya ditolak ole Nadhirah.

Bila dapat borang tu, dia agak kecewa sebabnya dia je yang tak minum susu, pastinya dia rasa lain sikit kot bila semua kawan suka susu.

" kenapa Dhirah ni tak suka susu, kalau tak mesti seronok kan minum sama-sama dengan kawan di sekolah,"
kedengaran seperti mengeluh aja tu..

Nadhirah hanya sukakan susu mama dia, mula menyusu sejak lahir hingga la berusia 3 tahun lebih.Sejak berenti minum susu mama , Nadhirah hanya minum soya sekiranya tekak teringin, selebihnya dia minum air masak je.




Umar bogel ke sekolah!

Haa itu lah padahnya kalau orang tak dengar cakap mama! Dari subuh bawak ke pukul 7, suruh mandi tapi langsung tak diendahkan . Sudahnya bila nak hantar si kakak, dia turut berlari masuk kereta dengan berbogel, disuruh tinggal je dengan abah kejap, tak nak pulak dia.


Itu lah Umar, berbogel dalam kereta ketika menghantar kakak ke sekolah agama!. Sampai je kat traffic light sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau, terus dia duduk atas lantai kereta, tau pulak malu ye!


Ketika balik ke rumah, dia cakap " apalah mama suruh dia berbogel macam ni"


Saya pesan kat dia, lain kali kalau mama suruh mandi, terus je mandi.


takat seksi macam ni dalam rumah dah jadi perkar a biasa bagi dia


Menggali ilmu blogging

Malam ni ( dah awal pagi sebenarnya ni..) mengadap blog salah seorang blogger yang telah berjaya di arena blogging.


Saya menyusuri blog INI melalui blog Puan BEE dan dari situ terbongkarlah banyak rahsia kejayaan beliau.


banyak betul tips kat sini...terasa kerdilnya blog ni tapi tak apa, semua orang bermula dengan seribu kepayahan untuk berjaya.


kalau nak baca juga apa yang telah saya baca, boleh aja datang ke BLOG EYRIQAZZ


untuk sepanjang awal pagi ni saya nak baca semua tip yang ada di SINI


terima kasih Puan Bee dan Eyriqazz yang sudi berkongsi ilmu.

Hmm alahaiii....traffic ku!


Balas Jasa

Ni gambar orang yang sedang membalas jasa, kata empunya gambar.




Membalas jasa kerana mama sanggup ke Pesta Buku.


Membalas jasa kerana susah payah mengandungkan Dhirah.


Membalas jasa kerana semua semua.


Ini adalah kata-katanya yang lebih kepada niat ingin menabur gula ke dalam hati mama.


( sebenarnya ini memang rutin dia tiap minggu, cuci kasut sendiri tapi hari ni ayat manis-manis je sebab happy dapat ke Pesta Buku dan koyakkan poket abah)

Pandai betul budak-budak sekarang gulakan ibubapa , ye..




Sayangku Merajuk!



Off pc jap untuk beli laluan kepada tuan blog untuk membaca novel "Sayangku Merajuk"
Best ceritanya..kalau nak beli, boleh pergi Pesta Buku.




Open table lagi...sebelum maharaja lawak

Hmm baru je balik makan, ala macam biasalah tempat tumpuan kami berempat tak lain tak bukan, Kedai Kak Chik Tom Yam beberapa ela dari rumah.


Malam ni order nasi goreng ikan masin ( tuan blog), nasi putih dan udang sotong masak masam manis ( tuan rumah), nadhirah dan umar ( nasi goreng cina ).


Gambar yang elok cuma gambar Nadhirah je, yang lain macam bergoyang je, tak sesuai nak tayang.


Balik je , Umar terus pegang remote..begitu la selalunya ..dah jadi TV dia , macam dia yang bayar bil Astro tu tiap bulan. Puting mesti ada, kalau tak kat mulut, selit kat celah tangan atau pun letak kat tepi dia.


TV tak ada dalam gambar....
Kejap lagi abah dia tukarkan kepada Astro Warna, mesti dia terkulat-kulat..nak mengamuk tak berani, cuba mama dia yang tukarkan tau lah...


bak katanya " umar ni hebat tau! sekali jerit satu bumi boleh dengar!..


Register dengan Churp Churp pun dapat duit tau?

He he orang lain dah lama register dengan Churp Churp tapi cik kak kita sorang ni baru je register..hmm takpe, biar la lambat asalkan selamat!


Selepas saya register dengan Churp Churp, saya ada terima beberapa tugasan Social Sharing tapi buat masa ni belum la buat apa-apa tugasan pun lagi sebab belum betul-betul ada masa untuk membuatnya, tau jela kan, masa untuk online dicatu!


Mungkin ada yang tanya apa itu Churp Churp ni? Sebenarnya ianya adalah salah satu rangkaian daripada Nuffnang jugak cuma berbeza kaedah untuk mendapat pendapatan.


Kalau tak silap,maafkan lah saya kalau salah sebab saya baru je suvey-survey tentang Churp Churp ni, kita diperlukan melakukan tugasan seperti yang diemailkan untuk mendapat bayaran. 


Kalau ada yang berminat nak register, boleh KLIK SINI..


Ikut je arahan semasa mendaftar ( ala...macam proses pendaftaran biasalah...)


Petua kempiskan perut -murah dan mudah

Petua ni betul-betul mudah dan kos pun kecil je.

Ambil 1@2 keping asam keping, rendam di dalam air panas, biarkan hingga suam, minum.

Amalkan sebelum tidur dan waktu pagi.

p/s: saya dah cuba sebelum tidur malam tadi!

Gambar ehsan encik google.


Penantian satu penyiksaan

Sekarang ni menunggu untuk update blog memang cukup menyiksakan.


Selagi kedua anak tak tidur, makanya kami suami isteri pun turut lepak bersama anak-anak di depan TV ( ini ada bagusnya..)


Seperti siang tadi, kami semua pakat tidur hingga ke petang ..namun begitu suami bangun dulu untuk menggunakan internet, selepas tu baru dapat saya update blog.


Laju-laju update blog terus off, tak sempat blogwalking, takut anak-anak terjaga.


Malam ni pulak, mereka berdua ni tidur lambat sebab lama tidur pada petang tadi. Lepas balik dari pasar malam, tengok Cerekarama, bagus juga cerita untuk panduan budak berdua ni, ralit je mereka layan cerita ni.


Habis Cerekarama, jam dah pukul 12, masih lagi budak berdua tu bergurau senda, melukis gambar Ultraman,maklumlah tadikan beli patung Ultraman.


Bersambung dengan cerita Kum Kum, Nadhirah menunggu hingga ke tamat cerita tersebut pada 1.30 pagi.
Menunggu dia lena pun satu hal jugak, punyalah susah dia nak lena, pusing kiri pusing kanan,macam tau-tau je mama nak ke bilik sebelah untuk guna pc.


Akhirnya pukul 2 baru start on PC. ( pada yang tak tau kenapa, semua ni adalah untuk menghalang budak berdua tu guna pc untuk main games, semua tak boleh guna pc).

Cerita pasar malam.

Malam ni ke pasar malam Selayang Indah, mungkin ada yang tau tempat ni.


Rasanya ni kali ke 2 atau ke 3 kot saya ke situ selepas 5 tahun melahirkan Umar. Lama gila walhalnya sebelum-sebelumnya situlah saban minggu tempat saya mencari makanan pada malam minggu.


Sebab utama malas nak ke pasar malam lagi selepas ada Umar adalah nak kena dukung dia sepanjang jalan .


Malam ni kesana kerana bosan duduk kat rumah dan tak tau nak kemana, last-last buat keputusan ke pasar malam. Happy benar budak berdua tu malam ni, yelah setahun sekali pun belum tentu merasa ke pasar malam, dulu Nadhirah sempat la merasa ke pasar malam tiap minggu.


Tadi ketika perjalanan pulang ke rumah, saya teringat kembali saat ketika menyewa bersama makcik dan seorang kawan di Jalan Perhentian, Sentul. Kalau hari Sabtu, memang ditunggu-tunggu sebab dapat ke pasar malam Jln TAR. Masih ingat lagi dengan kemeriahan pasar malam kat sana dulu-dulu?


Saya tak pernah ke pasar malam Jln TAR lagi sejak mula pindah ke Selayang Baru pada May 1998. Memang betul-betul lama tak ke sana pada malam minggu. 


Teringat dulu, lepas je solat Maghrib , saya, makcik dan Kak Ma laju-laju bersiap cantik-cantik( padahal nak ke pasar malam je)..tunggu bas mini.
Punyalah ramai manusia time malam minggu yang memenuhi bas mini atau bas Selangor dan boleh dikatakan bila sampai je kat bus stop Medan Mara, semua menderu turun, bas kosong terus.


Kadang-kadang, beli makanan kat pasar malam dan berjalan kaki ke Dataran Merdeka, tengok keindahan  KL ketika malam yang penuh dengan lampu-lampu ( teringat anak-anak saya tak pernah ke sana pada waktu malam).


Pernah kami bertiga ( saya, makcik dan Kak Ma) berjalan kaki balik ke Jalan Perhentian . Selepas pukul 12, perkhidmatan bas mini dah tamat, tambang teksi double charge. Jadi untuk jimat, kami pakat jalan kaki, bukan kami bertiga tapi ramai lagi yang mungkin senasib atau saja nak panaskan badan.


Sesekali  rasa rindu nak mengulangi situasi seperti dulu tapi itu adalah mustahil, mana ada orang jalan mengundur, suka atau tidak, mesti terus ke depan. 


Hmm mungkin boleh ajak anak-anak ke pasar malam Jalan TAR dan ke Dataran Merdeka untuk mengimbau nostalgia lama.

Hikmah sakit

Setiap kejadian ada hikmah disebaliknya samada kita sedar atau tak sedar.


Apa yang saya sedar bila tak sihat je mulalah menyesal suka sangat makan macam-macam ketika sihat.


Mungkin baaanyaaak lagi perkara-perkara lain yang perlu saya sedar sebab tu diberikan ujian kecil begini.


Inilah masa untuk bermuhasabah diri..

Teguran dari Ben Ashaari

Walapun bukan secara personal untuk blog saya tetapi blog saya adalah salah satu di dalam list yang dimaksudkan.


Mempunyai url yang panjang dan ntah apa-apa,saya menyedari tetapi tak pasti perlu ke saya tukar semula lagi pun blog saya ni dingin je , jangan kata panas , suam-suam kuku pun tidak.


Saya ni banyak create blog, ntah apa-apa blog pun ada tapi dalam banyak-banyak yang ada, url ni yang saya gunakan mungkin kerana ini adalah url yang pertama kali saya guna untuk create blog dan niat asal create blog mengggunakan url ni adalah untuk bisnes tapi tak menjadi.


Tunggu lah satu masa, memang nak tukar url ni kepada yang simple dan mudah diingati. Salah satu nama dah ada dalam kepala.


Terima kasih la untuk Ben Ashaari sebab bila ada teguran daripada orang lain, lagi lah kita terasa macam nak tukaaaarrrr je sekarang jugak url saya ni.

Tidur yang lena....

Plan awalnya adalah tidur dulu bersama anak-anak dan bangun semula update blog.


ye memang bangun semula tapi hanya untuk buatkan Umar susu, lepas tu kedebommm sambung tidur.


sedar-sedar dah jam 4.30 pagi..


hmmm terkebil-kebil berfikir perlu bangun atau tidak, otak cakap bangun tapi hati cakap biar je lah dengan blog tu, lagi pun beberapa malam ni tak cukup tidur.


ohhh nampaknya kaki menapak ke bilik PC dan sekarang tengah update baru sepatah 2 kata.


nampaknya kalau tak ada aral, malam esok kita pulun sampai pagi mengadap blog, okey?


sekarang masa untuk tidur semula untuk 1 jam lagi.


sebelum tu jengah 2 blog jap.


http://engineerinmaking.blogspot.com


http://www.lindarahim-ummyaisy.blogspot.com/

Selsema dan sakit tekak

Satu family sakit tekak dan selsema pagi ni.


Semalam cuaca betul-betul panas, suami sepanjang hari sakit kepala .


Pagi ni Nadhirah ada exam, harap-harap dia dapat menjawab dengan baik walaupun selsema teruk.


Saya pulak dah masuk minggu busy, kepala sakit dan tekak perit namun tetap kena gagahkan diri ke tempat kerja, beginilah ketika sihat kerja tak ada, ketika sakit kerja datang melambak.


Segalanya diluar kuasa kita untuk menentukannya.

Ada tetamu ..

Suami terima call, sahabat nak datang rumah petang ni.


Orang yang tau sapa Puan Rohaya ni memang akan faham, kalau ada orang nak datang rumah, menggelabah tak ingat punya!.


Ni dah mula merangka-rangka nak sediakan apa petang nanti, walhalnya orang nak datang rumah kita untuk mengeratkan lagi silaturrahim, membaw pahala kepada tuan rumah, jadi tak ada sebab untuk tuan rumah nak menggelabah dan kelam kabut.


Kenapa la saya ni macam ni, kelam kabut tu mesti asal je ada kawan cakap nak datang, nak kata rumah ni teruk tak ada lah teruk sangat, bersepah sikit-sikit je.Rasa macam kurang keyakinan dari segi layanan, hidangan, ntah apa-apa la, padahal kalau kita ke rumah orang, tak ada terfikir langsung macam mana layanan tuan rumah, hidangan apa yang disediakan..


Agaknya ada tips tak nak mengurangkan rasa gelabah saya ni? 

Saya suka blog ni - CIBILZONIC

Sejak kali pertama ke blog INI , hati terus suka untuk terus mengikuti dan membaca entry terdahulu yang beliau tuliskan.


Penuh dengan motivasi dan semangat yang jitu di dalam usaha mencapai cita-cita dan menjalani kehidupan.


Walaupun beliau jauuuuhhh lebih muda berbanding saya ni, pengetahuan dan ilmu beliau jauhhh lebih tinggi .


Tak salah kan orang tua belajar daripada orang muda?