Teguran dari Ben Ashaari

Walapun bukan secara personal untuk blog saya tetapi blog saya adalah salah satu di dalam list yang dimaksudkan.


Mempunyai url yang panjang dan ntah apa-apa,saya menyedari tetapi tak pasti perlu ke saya tukar semula lagi pun blog saya ni dingin je , jangan kata panas , suam-suam kuku pun tidak.


Saya ni banyak create blog, ntah apa-apa blog pun ada tapi dalam banyak-banyak yang ada, url ni yang saya gunakan mungkin kerana ini adalah url yang pertama kali saya guna untuk create blog dan niat asal create blog mengggunakan url ni adalah untuk bisnes tapi tak menjadi.


Tunggu lah satu masa, memang nak tukar url ni kepada yang simple dan mudah diingati. Salah satu nama dah ada dalam kepala.


Terima kasih la untuk Ben Ashaari sebab bila ada teguran daripada orang lain, lagi lah kita terasa macam nak tukaaaarrrr je sekarang jugak url saya ni.

Tidur yang lena....

Plan awalnya adalah tidur dulu bersama anak-anak dan bangun semula update blog.


ye memang bangun semula tapi hanya untuk buatkan Umar susu, lepas tu kedebommm sambung tidur.


sedar-sedar dah jam 4.30 pagi..


hmmm terkebil-kebil berfikir perlu bangun atau tidak, otak cakap bangun tapi hati cakap biar je lah dengan blog tu, lagi pun beberapa malam ni tak cukup tidur.


ohhh nampaknya kaki menapak ke bilik PC dan sekarang tengah update baru sepatah 2 kata.


nampaknya kalau tak ada aral, malam esok kita pulun sampai pagi mengadap blog, okey?


sekarang masa untuk tidur semula untuk 1 jam lagi.


sebelum tu jengah 2 blog jap.


http://engineerinmaking.blogspot.com


http://www.lindarahim-ummyaisy.blogspot.com/