Register dengan Churp Churp pun dapat duit tau?

He he orang lain dah lama register dengan Churp Churp tapi cik kak kita sorang ni baru je register..hmm takpe, biar la lambat asalkan selamat!


Selepas saya register dengan Churp Churp, saya ada terima beberapa tugasan Social Sharing tapi buat masa ni belum la buat apa-apa tugasan pun lagi sebab belum betul-betul ada masa untuk membuatnya, tau jela kan, masa untuk online dicatu!


Mungkin ada yang tanya apa itu Churp Churp ni? Sebenarnya ianya adalah salah satu rangkaian daripada Nuffnang jugak cuma berbeza kaedah untuk mendapat pendapatan.


Kalau tak silap,maafkan lah saya kalau salah sebab saya baru je suvey-survey tentang Churp Churp ni, kita diperlukan melakukan tugasan seperti yang diemailkan untuk mendapat bayaran. 


Kalau ada yang berminat nak register, boleh KLIK SINI..


Ikut je arahan semasa mendaftar ( ala...macam proses pendaftaran biasalah...)