Umar bogel ke sekolah!

Haa itu lah padahnya kalau orang tak dengar cakap mama! Dari subuh bawak ke pukul 7, suruh mandi tapi langsung tak diendahkan . Sudahnya bila nak hantar si kakak, dia turut berlari masuk kereta dengan berbogel, disuruh tinggal je dengan abah kejap, tak nak pulak dia.


Itu lah Umar, berbogel dalam kereta ketika menghantar kakak ke sekolah agama!. Sampai je kat traffic light sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau, terus dia duduk atas lantai kereta, tau pulak malu ye!


Ketika balik ke rumah, dia cakap " apalah mama suruh dia berbogel macam ni"


Saya pesan kat dia, lain kali kalau mama suruh mandi, terus je mandi.


takat seksi macam ni dalam rumah dah jadi perkar a biasa bagi dia


Menggali ilmu blogging

Malam ni ( dah awal pagi sebenarnya ni..) mengadap blog salah seorang blogger yang telah berjaya di arena blogging.


Saya menyusuri blog INI melalui blog Puan BEE dan dari situ terbongkarlah banyak rahsia kejayaan beliau.


banyak betul tips kat sini...terasa kerdilnya blog ni tapi tak apa, semua orang bermula dengan seribu kepayahan untuk berjaya.


kalau nak baca juga apa yang telah saya baca, boleh aja datang ke BLOG EYRIQAZZ


untuk sepanjang awal pagi ni saya nak baca semua tip yang ada di SINI


terima kasih Puan Bee dan Eyriqazz yang sudi berkongsi ilmu.