Separuh Akhir Mentor 5

Baru aja lepas menonton Konsert Mentor , konsert penentuan untuk 2 pasangan yang akan melangkah ke peringkat Separuh Akhir.


Nampaknya tuah berpihak kepada Iqa dan Salma, masing-masing protege kepada Edry dan Erra Fazira. Tahniah untuk mereka!


Aiman pulang melangkah dengan kekecewaan tapi rasanya Aiman boleh popular sebagai model atau pelakon, wajah ada pelaris , kata orang.


Kita tengok siapa pula yang akan ke final selepas berakhirya konsert separuh akhir nanti.

Ahad Nan Indah

Bangun dari tidur seawal 5 pagi. Selesaikan perkara yang perlu diselesaikan hingga subuh.


Seusai solat Subuh terus start kereta bersama Umar menuju ke rumah makcik yang akan turut ke Pasaraya NSK pagi ni.


Sampai je di NSK, beli apa-apa yang patut dibeli, masuk kereta menuju ke Restoran Tuuu Diaa Pak Tam.


Bersarapan ala kadar aja rasanya, masing-masing ambik sedikit je letak dalam pinggan, makan pun macam malas je, eh apasal hari ni macam kurang selera pulak...


Ketika nak balik baru perasan ada banner iklan "setiap Ahad diadakan Senamrobik di perkarangan Stadium MPS", hmm satu aktiviti yang menarik ni, awal-awal dah plan dengan makcik nak join minggu depan. Kelihatan kaum wanita sedang bersenamrobik tadi, boleh lah bakar kalori yang terperap aja.


Balik rumah, mama ini hanya diminta berehat saja kerana hari ni kan Hari Ibu lagi pun semalam doktor ada cakap kalau boleh kurangkan buat kerja untuk sementara waktu ni sebab nak bagi cepat elok paru-paru.


Menu hari ni adalah sambal kerang, tak ada lah istimewa pada menu itu tetapi menjadi terlalu istimewa bila 2 anak berganding tenaga dengan suami untuk menyiapkan sambal kerang tersebut.


Terima kasih dari hati untuk semua permata hati ku!


p/s: harap tiap hari macam ni, he he terlebeyyy sudahh!