Contengan Jalanan

Novel yang sedang di dalam proses pembacaan. Novel tulisan Hlovate.


Saya suka novel Hlovate kerana setiap novel mesti ada kisah-kisah mengenal Tuhan, mencari arah perjalanan hidup yang diberkati dan sarat dengan mesej positif.


Pada mulanya saya sangkakan Hlovate adalah seorang lelaki tetapi rupanya wanita dan sedang berada diluar negara ketika ini.


Semoga Hlovate terus sukses di dalam karier dan penulisan.



Lihatlah dunia UV ku ini....

Kalau macam ni gayanya betapa ramainya orang datang ke blog JENDELA HIDUP ni, tak ada lah nak dapat apa-apa advertorial dari pihak Nuffnang hu hu.



Pesanan terahir seorang lelaki....

Memang best cerita ni...dah pernah baca sebelum ni sebab dah ada kat rumah makcik tapi boleh pulak terbeli sekali lagi hari tu masa Pesta Buku.


Kerja yang saya buat ketika menyepikan diri dari blog adalah membaca novel, membaca majalah dan lepak-lepak.

Hati Yang Luka

Novel yang sempat saya habiskan bacaan pada minggu lepas, Hati Yang Luka tulisan Norhayati Berahim, makcik beli ketika Pesta Buku baru-baru ni.

Sungguhpun diri dilukai namun demi menjaga maruah Raof, Widad mengahwini lelaki itu. Lelaki yang tidak menghargai diri dan cintanya membuat Widad terlontar jauh di sudut hati milik suaminya sendiri. Dalam menahan luka yang kian berdarah Widad lari daripada mengejar cinta yang tak kesampaian.


Nak tau kisah selanjutnya, boleh dapatkan dikedai buku berhampiran anda!

Sukaneka Sekolah Nadhirah

Masih minggu lepas punya cerita daaa....layan gambar je la ye..

Gaya bukan main lagi...macam atlit...dapat tempat ke 3..





Lepas balik dari sukaneka, terus bergaya syok sendiri, siap bermekap lagi....