SHAHEIZY SAM = TUMULAK = KONGSI


Filem ni agak ganas dan tak sesuai sebenarnya untuk budak 2 orang kat atas tu. 


Banyak aksi pergaduhan yang boleh menjadi ikutan untuk Umar.


Lepas-lepas ni tak nak tengok lagi dah cerita-cerita ganas macam ni.


Nasib baik la Umar macam terlupa tentang cerita kat wayang tadi, lagi pun dia tak begitu menumpukan perhatian pada skrin tetapi lebih kepada makan keropok. nyap nyap tanpa henti hinggalah cerita tamat.


Apa pun Nadhirah cukup berpuas hati tengok filem ni, dia minat dengan Shaheizy tu dan asyik gelak aja dia tiap kali Shaheizy bercakap.


Lepas ni dia cakap macam nak tengok wayang lagi sebab ada iklan promosi filem baru Shaheizy yang akan menjengah ke pawagam tak lama lagi, rasanya mama dan abah tak nak layan lagi dah lepas ni. Tunggu je CD keluar nanti.

Aerobik cancel daaa....

Bangun awal hari ni untuk ke tempat aerobic di perkarangan Stadium MPS, Bandar Baru Selayang.


Rupanya aerobic dibatalkan hari ni kerana tempat tersebut digunakan untuk mengambil pelatih PLKN , banyak bas dan kereta di tempat parkir.


Oleh kerana tak mau balik kosong macam tu je, kami mengambil keputusan untuk berjogging di taman Bandar Baru Selayang.


Ok laaa untuk keluarkan peluh dan bakar kalori yang mendap sekian lama. he he...






Gambar tuan blog tak ada....Nadhirah tak ikut, dia sayang nak tinggalkan tilam.

Konsert Mentor 5 Separuh Akhir Pertama

Anak-anak tidur awal malam ni. Dapatlah saya melakukan apa saya yang saya nak lakukan ( blog dan menonton).


Mula-mula mengadap blog sekejap, termenung je dulu baca entry kawan-kawan, tak ada idea nak update apa-apa.


OFF.


Turun bawah tengok Konsert Mentor 5 Separuh Akhir untuk bahagian pertama.


Protege nyanyi 2 lagu, mula-mula secara solo dan selepas itu berduet dengan mentor masing-masing.


Malam ni saya suka Shiha dan Iqa, protege kepada Kak Pah dan Edry. Walaupun Salma sentiasa mengungguli kedudukan carta, saya rasa Shiha dan Iqa lebih layak ke Final.


Itu pada penilaian saya yang hanya tau mendengar dan melihat je, selebihnya saya tak arif.


TV dah OFF


Kembali membelek blog, update beberapa entry untuk hari ni sebelum tidur, kalau terbabas hingga ke pukul 12, memang mata ni akan celik je sampai pagi.


Jadi lebih baik OFF je terus sebaik saja post entry ni.


Bye dan selamat melenakan diri.