Novel chinta -Norhayati Berahim








Ulang baca untuk kali ke 2.

Best dan sarat dengan mesej yang pasti boleh dijadikan pengajaran bersama.

Sinopsis: Zahirnya dia lelaki yang sempurna ada gaya ada harta. Sedangkan tiada sesiapa yang tahu dia sebenarnya sedang menderita. Derita jiwa yang menghantui bertahun lalu lama. Kerana angkara si emak, lelaki yang bernama Raja Akid itu tidak pernah percaya pada cinta. Bahkan dendam yang berladung di hati tidak pernah dapat diusir dari diri. Dan sampai suatu saat, gadis yang bernama Chinta itu hadir. Raja Akid terperangkap antara kasihnya terhadap Chinta dan bencinya apda wanita.Beranikah dia menghuraikan segala rahsia yang disimpan? 

Nak tau kisah selanjutnya, boleh dapatkan novel tersebut di mana-mana kedai buku.

Untuk Mu GURU

Esok kan Hari Guru, pastinya ibu bapa sibuk membalut hadiah untuk dihadiahkan kepada guru-guru anak masing-masing.


Umar pun tidak ketinggalan mengingatkan saya agar membeli hadiah untuk 7 orang guru beliau.


Tadi abah dia ke Giant Batu Caves dan membeil 7 pencil case yang cantik-cantik untuk guru-guru TADIKA NALURI KREATIF SELAYANG.


Sebelum balut ada ambil gambar tapi tak tau apa silapnya tak dapat nak upload pulak, yang dah siap berbalut boleh pulak upload.



Kartini Single

Ni lah gambar kerusi Kartini Single yang saya beli petang tadi di Jatimas.


RM99 harga selepas diskaun tapi disebabkan kepandaian dan ketidak putus asa an makcik tawar menawar dapat harga RM90.


Jadi la dapat beli satu kerusi je, bulan seterusnya beli lagi satu.


Begitulah nasib orang bergaji tidak begitu besar , apa pun syukurlah dapat juga membeli apa yang diinginkan walaupun berdikit-dikit.


Tadi pekerja Jatimas bagitau, kalau ada yang berkenan dan tak mampu bayar cash, boleh bayar ansur-ansur , bila dah cukup bayar, barang akan dihantar, hmmm rasa nak ambil almari sudut la satu, RM950 , maknanya lebih kurang setahun juga la berdikit-dikit untuk dapatkan 1 .