Copy and Paste



Selalu orang yang melihat mereka berdua akan mengatakan:


1. Oh sungguh-sungguh la serupa anak dan abah ini.


2. Ini kembar ke?


3. Ini kalau tengok rupa anak,memang kalau hilang kat mana-mana pun boleh pulangkan pada abahnya.


4. Eh langsung tak ada rupa mak dia ye...


Hmm apa nak kata, inilah dia suami dan anak perempuan saya....mereka memang rapat dan serasi seperti mana wajah mereka yang seiras bagaikan copy and paste.




Hari Penilaian Tadika Naluri Kreatif

Seperti tahun yang sebelumnya, setiap tahun ada 2 kali di adakan Hari Penilaian, pada May atau Jun dan Oktober atau November.


Tadi adalah Hari Penilaian Semester 1 untuk tahun ni. Secara keseluruhannya, banyak peningkatan positif pada Umar dari segi tngkah laku, pergaulan, pembelajaran dan seni kreatif. Dia dah mula dapat dapat membaca ayat-ayat mudah dan sudah dapat melakukan solat walaupun tidak sempurna sepenuhnya. Syukur Alhamdulillah tak terhingga kerana Umar adalah anak yang sungguh banyak "cerita".


Dibawah ni adalah gambar-gambar yang sempat disnap oleh si kakak dan si abah tadi.

Kami bersama Teacher Ida dan Teacher Wawa. 
Sementara menunggu giliran untuk berjumpa guru kelas Umar..

Umar menunjukkan salah satu hasil tangan beliau

Lagi satu hasil tangan Umar

Salah satu kelas belajar


Teacher Rahmah merangkap guru kelas Umar..

"Umar dah baannyaaak peningkatan!', kata Teacher Rahmah.

Hasil tangan Umar

Hasil tangan Umar

Nadhirah suka dengan siling yang berhias ni..
Dalam gembira dengan pencapaian Umar , saya agak sedih bila dapat tau Teacher Ida merangkap penyelia Tadika Naluri Kreatif Cawangan Selayang akan berhenti dan akan menumpukan kepada tadika beliau sendiri pada bulan depan. Selama ni saya selalu je berurusan dengan beliau sejak Nadhirah masih belajar di situ lagi, Teacher Ida banyak membantu selain mengajar anak-anak saya , beliau juga seorang yang bertolak ansur, yuran bulanan dan overtime saya diberikan diskaun sepanjang tahun, lepas ni bersedia la untuk membayar harga penuh.


Rasa macam nak tukar tadika tetapi Umar dah agak selesa di situ jadi saya tak nak ambil risiko.






Nasi Ayam Selayang Mulia

Suka-suka aja bagi nama nasi ayam tak sedap dengan nama tu....jangan marah penduduk Selayang Mulia ye..


Minggu lepas jeles tengok PUAN ZAI tayang nasi ayam masakan beliau,kali ni nak tayang nasi ayam masakan saya pula, walaupun mungkin tak sesedap nasi ayam PUAN ZAI , tetap jugak nak tayang kat sini  he he.








Sebenarnya update secara kelam kabut ni, nak keluar ke Tadika sebab ada Hari Penilaian Tadika Naluri Kreatif yakni tadika tempat Umar belajar.


Balik nanti , Insyaallah update tentang Hari Penilaian pulak...